MRSM FELDA TINGGAL KENANGAN

Semalam aku bercuti semata-mata ingin menjemput adik aku no.4 pulang. Peperiksaan SPM dia sudah habis Isnin lagi tetapi dia suruh jemput semalam. Katanya ada dinner. Ada sesi beramah mesra sebelum masing-masing berpisah agaknya. Maklumlah selepas ini sudah tak berjumpa lagi. Mungkin pada hari ambil keputusan peperiksaan barulah berjumpa semula. 

Pintu masuk ke MRSM FELDA. 

Agak lambat aku gerak kesana sebabnya aku kena tunggu along Izz habis kelas tambahannya jam 11:00am. Sekali dengan angah Izz aku angkut ke sana buat teman sepanjang perjalanan nanti. Lagipun bukannya jauh pun perjalanan dari Kuala Lumpur ke Felda Trolak itu. Along Izz dan angah Izz seperti biasalah tak boleh duduk diam. Kejap-kejap, "papa, dah sampai ke sekolah Acik Lin?", "papa, jauh lagi ke sekolah Acik Lin?". 

Rasanya setiap tahun asrama ini jugaklah yang adik aku duduk

Rasanya baru 30 minit gerak. Iyelah, diorang mengenali Acik Lin tetapi jarang-jarang dapat berjumpa. Sampai disana, sudah tidak ramai orang yang menjemput pelajar pulang. Menurut adik aku, pagi-pagi lagi selepas subuh sudah ramai yang balik. Masing-masing jauh tempat tinggalnya, dan mungkin mereka datang jemput awal. 

Barang2 5 tahun muat dalam bonet hatchback je!

Aku ingatkan perlulah bawa lori untuk angkut sekali barang-barang adik aku sepanjang 5 tahun disana, rupa-rupanya muat je bonet kereta. Along Izz dan angah Izz juga turut merajinkan diri angkat barang-barang Acik Lin mereka.  

Along Izz masih berbaju sekolah aku bawa ke sana. Sebelum balik aku mandikan tukar pakaian mereka

Kan da bagitahu, diorang memang rajin. Mama Izz mesti tak percaya

Yang berat, diorang buat-buat tak nampak je. Apapun, aku harap semoga adik aku berjaya mendapatkan keputusan cemerlang dalam Peperiksaan SPM nya itu. 

Acik Lin pernah jaga mereka masa mereka kecil dulu

Kalau sorang je dapat suap, sorang lagi akan mengamuk. Senang 2-2 dapat suap

Semalam juga adik bongsu aku (No.6) ambil result UPSR. Tahniah diucapkan buat Acu Yana kerana berjaya mendapat keputusan 2A 3B (paper repeat sebab soalan bocor semuanya dapat B). Keputusan yang membanggakan walaupun tidak dapat menyaingi result UPSR Acik Lin lepas.

along Izz memang addicted to Ultraman semenjak Karnival Upin Ipin 2014 lepas

Kan? Ultraman addicted with Orang Hijau (HULK) addicted

Inshaa Allah, boleh tingkatkan lagi usaha itu dan boleh tandingi abang dan kakak-kakak pada peperiksaan yang lain. Oh lupa, aku ambil adik aku hantar setakat Petaling Jaya di rumah adik aku No.3 je. Nanti adik aku No.2 dari Ipoh akan ambil adik aku No.4 ni dan hantar dia balik ke rumah mak di Pahang pula.

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. @Farah Waheda Wahid Tocey2... Nak buat macamna, adik beradik lain masing2 ada urusan!..

    ReplyDelete
  2. @Mar MansorMerdeka sementara, Nanti result nak dekat berdebar2 lah dia

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post