MAMA KATA ALONG NAK PERGI BENDANG

Assalammualaikum . . .

Bila papa pakaikan stokin untuk along Izz, ianya mestilah cepat, mudah dan senang. Tetapi, kena mengata juga dengan mama Izz. Hahaha. Selalunya bila sampai di sekolah barulah along Izz akan dipakaikan stokin, tetapi pagi ini dia agak macam-macam sedikit. 

Best kan pakai stokin macam tu? Sian mama Izz hari-hari mencebik muka,

Dari rumah lagi along Izz hendak dipakaikan stokin. Aku pun ambillah stokin dalam begnya dan terus sarungkan. Sudah tiada nak adjust perbetulkan. Main sarung sahaja. Kan cepat begitu? Perkara pertama yang mama Izz tegur bila dijemput dari hospital adalah, "kenapa macam nak ke bendang?". 

Aku hanya senyum sahaja sebabnya mama Izz mesti sudah agak yang papa sarungkan stokin berkenaan. Kihkihkih. Minggu ke2 along Izz bersekolah banyak yang terjadi dan ianya sedikit sebanyak melucukan. 

Hari ini tiada kelas KAFA, maknanya along Izz akan dihantar ke taska angah Izz untuk transit

Bermula dengan pergi ke sekolah terlupa bawa kasut sekolah, pakai stokin tetapi berselipar, dengan bawa mainan lagi ke sekolah, mainan pula hilang, isu lari dari sekolah selepas tamat sesi, babak kejar mengejar guru dengan along Izz, pencil box complete boleh tinggal 2 batang sahaja pensil, beri RM4 habis diberi kawan-kawannya dan macam-macamlah lagi. 

Aduhai, memang rasa hendak marah pun ada dan rasa menggelikan hati pun ada. Aku harap minggu ke3 yang berikutnya, semuanya berjalan normal sahaja. Sudah tidak lalu nak menghadap 'ceramah' panjang berjela dari mama Izz. 

Inshaa Allah. 


3 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. hepy famili yang kakar.. Apa pun, kita doakan adik Izz Izz Izz cepat sembuh. Amin!

    ReplyDelete
  2. sory.. typing error...bukan kakar...tapi kelakar

    ReplyDelete
  3. baru nak tegur apa itu kakar? hahahah.. Inshaa Allah cik mun

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post