TIADAKAH KAEDAH LAIN SELAIN PEMBEDAHAN?

Assalammualaikum . . .


Mulanya aku fikir kali ini tidaklah lama adik Izz akan berada di wad. Semalam pendarahan di sekitar tiub suapan (Gastrostomy) sudah berhenti. Dan pagi ini apabila aku lihat keadaannya, agak baik kerana susu masih diberi melalui tiub suapannya. Dengan harapan adik Izz akan discharge seawal esok ataupun lusa. 

Dan sebentar tadi mama Izz telefon memberitahu yang pakar membuat keputusan untuk menjalankan pembedahan esok. Pembedahan untuk memperbetulkan tiub suapan adik Izz disamping menghentikan pendarahan bagi mengelak jangkitan kuman. Dengar-dengarnya akan menggunakan kaedah bakar. 

Tak sanggup aku melihatnya kesakitan. Menitis air mata fikirkannya.

Allahuakbar. 

Inilah yang benar-benar menakutkan aku. Untuk makluman, adik Izz sudah pun menjalani 12 kali pembedahan sebelum ini. Semua pembedahan ada risikonya. Mungkin itu cara terbaik yang ada sekarang. Apa boleh aku lakukan selain hanya berdoa dan berserah kepadaNya sahaja.

PEMBEDAHAN ke-13?

NOTA : Sumbangan dan bantuan lain untuk adik Izz, bolehlah berbuat demikian samada melalui CIMB A/C 7015995636 atau MAYBANK A/C 164829050030 atas nama mama Izz (Nor Safarina Eliasod) atau berhubung di talian 012 3919 483 (mama Izz) untuk sebarang pertanyaan. Inshaa Allah. TERIMA KASIH

4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Ya Allah... sabar bebanyak eh bro... lu mmg kuat laaa... klau aku x tahu la mcm mana... huhuhu... doa smua org sentiasa ada utk adik izz...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq bro! .Aku kenalah kuatkan diri supaya mama Izz tidak lemah nanti

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Assalam papa izz,
    iols ni yang hanya sekadar membaca coretan uols pun berderau darah
    setiap kali membaca
    moga segalanya berjalan lancar AMIN

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post