JAPANESE CULTURE AT MARA

Jepun datang 'serang' MARA Kuala Lumpur | Memandangkan pejabat aku bersebelahan dengan Ibu Pejabat MARA, dan MARA pula kerap adakan 'event' di ruang legarnya, jadi bolehlah dikatakan aku antara yang terawal tahu berkenaan dengan 'event' yang akan diadakan di sana. Sebabnya setiap hari bekerja apabila aku hendak pergi bersarapan pagi, aku akan lalu bangunan MARA itu. Jadinya aku tahulah. Samada melalui 'banner' yang di paparkan ataupun secara 'tiba-tiba' event sudah berlangsung.


Tentatif program sepanjang 3 hari ini.

Sebelum upacara perasmian

Untuk 3 hari ini (bermula 28 Julai 2015 sehingga 30 Julai 2015), 'event' yang berlangsung adalah Japanese Culture @MARA. Tempatnya di ruang legar Medan MARA itu sendiri. Mari aku kongsikan sedikit sebanyak melalui gambar yang aku 'snap' pagi ini. Eloklah pergi sendiri untuk mengalaminya. 

Apa nama entah. mama Izz pernah makan dan dia suka. Aku tak berapa suka.

Antara makanan Jepun yang ada dijual.

Aku? Tengahari ini aku pergi makan tempat lain. Jadinya, xdapatlah aku kongsikan apa yang berlaku semasa 'event' berjalan. Lagipun mesti ramai orang. Malas nak berlaga-laga batal air sembahyang. Hihihi. Yang bestnya, soundtrack yang dipasang untuk menggambarkan Japanese Culture adalah Sountrack Naruto. Wakaka!

Korang boleh bergambar, disamping sewa pakaian sekali. Beli pun boleh rasanya.

Kaki bergambar mesti suka, kan?

Aku cuma kongsi info.


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. boleh rasa macam ala-ala di jepun tak ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika bab makanan, rasanya macam di Jepun. Lain-lain? Tak sure, kena pergi alaminya sendiri. Heheh!

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post