TAK PERNAH KENAL

Tahun kedua aku tidak berpeluang menziarahi kubur arwah abah di Pahang pada pagi Aidilfitri. Juga tahun kedua aku dan keluarga berAidilfitri di perantauan. Jika ditunjukkan gambar atok Izz dan tanyakan kepada adik Izz, dia cuma diam sahaja. Adik Izz tidak mengenali langsung atok Izz sebelah aku (abah aku). Ini kerana arwah abah aku meninggal dunia pada Mac 2012 dan adik Izz pula dilahirkan pada Mac 2013. 

Dan tahun ini (2015) merupakan tahun ke-4 aku dan keluarga beraya tanpa abah disisi. Berbeza dengan along Izz dan angah Izz, mereka agak mengenali atok Izz kerana mereka pernah diletakkan dibawah jagaan atok Izz dan nenek Izz selama beberapa minggu (cuti sekolah). Walaupun aku tidak berpeluang untuk pulang di pagi Aidilfitri untuk menziarahi kubur arwah abah, namun bila aku berpeluang untuk pulang pada hari-hari lainnya, aku tidak melepaskan peluang menziarahi kubur abah.

Al-Fatihah
Tahun pertama abah pergi, kami semua beraya di Pahang.

Adab menziarahi kubur
Bila berpeluang, aku selalu bawa mereka menziarahi.

Al-Fatihah buat arwah abah dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan para solihin hendakNya.


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post