DEMAM MALAM DUE TO LEAKING GASTROSTOMY

Bila malam demam, bila siang sihat. Naik risau aku dibuatnya dengan keadaan adik Izz. Khamis lalu aku bawanya untuk pemeriksaan kerana 'Gastrostomy' adik Izz kerap basah. Kerap jugalah 'dressing' tukarkan 'gauze'nya. Dia jadi tidak selesa. Doktor kata itu normal. Makin hari sekeliling kawasan 'button'nya kemerahan. Kadang-kadang bila dilapkan dengan 'cotton' ada kesan darah. Bertambahlah risaukannya. 

Telefon wad untuk kepastian, dan masih dikatakan itu normal. Lima malam adik Izz meragam. Dia menangis, meraung sampai tersedu. Tahu dia sedang sakit, tapi aku tak tahu nak buat apa. Even mama Izz buntu dengan keadaan adik Izz. Kemuncaknya apabila dua malam berturut-turut adik Izz demam panas hinggakan mama Izz perlu 'Sub PCM' (ubat bontot)

Gastrostomy Leaking
Meragam berhari-hari. Kering air mata dibuatnya.

Bila lihat keadaannya makin melarat, semalam aku ambil keputusan untuk bawa adik Izz ke wad untuk lakukan pemeriksaan lagi. Sudah tidak tahan menelefon wad, asyik dikatakan mereka itu adalah normal. Sudahnya, semalam bila doktor lihat keadaan 'Gastrostomy' adik Izz, terus mereka lakukan jahitan di sekitar 'button' itu. Aku tanya pada pakar, "kenapa kemerahan?". Katanya, air perut yang keluar itu berasid, jadinya ia menghakis kulit sekitar kawasan 'button Gastrostomy' adik Izz. Padanlah bila dicuci dengan Sodium Chloride (air garam) adik Izz menjerit. Pedih rupanya. 

Gastrostomy Infection
Rejection pada ubat tidur secara oral, adik Izz diberi bius secara line.

Selepas jahitan semalam, sudah tiada lagi keluar air perutnya. Adik Izz ditahan di wad untuk tujuan 'observation'. Tengoklah dahulu berapa lama dia akan ditahan kali ini. Hope tidak lama.


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. sedihnya baca penderitaan adik izz ni... stay strong ye baby.... dan family.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Will try our best to keep strong. In Shaa Allah

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post