KUATKANLAH KESABARAN KAMI

Ini yang dikatakan 'hujan di tengahari'. Aku fikir adik Izz mungkin akan 'discharge' awal sebabnya 'admitted' pun sebab 'leaking Gastrostomy'. Doktor sudah jahit dan kawasan sekitar 'button Gtube' itu sudah tidak basah lagi. Ingatkan bolehlah balik. Keluar pula 'result' ujian darah adik Izz, ada tanda-tanda 'infection'. Tapi doktor belum boleh sah kan yang jangkitan berkenaan pada tiub CVL (Central Venous Line) ataupun pada tiub suapan Gastrostomy. 

Dalam memikirkan bab jangkitan, tiub CVL adik Izz pula yang perlu dijahit. Alasannya semasa 'dressing' TPN (Nutrisi Parenteral) petang semalam, tiub CVL (Central Venous Line) adik Izz 'longgar'. Aduhai. Malam semalam jugalah tiub CVL adik Izz dijahit. Mesti sakit lah. Gastro kena jahit, CVL pun kena jahit. 

Kasih ibu membawa ke syurga
Kasih mama. Sembuhkanlah adik Izz.

Dengan demam adik Izz yang masih berulang-ulang belum sembuh, dengan muntah adik Izz lagi. Doktor pula kata jika tiub CVL adik Izz 'infected', kemungkinan tiub berkenaan akan dicabut. Terkejut mama Izz dengarnya. Kalau tiub CVL adik Izz dicabut, 'for sure' adik Izz perlu jalani pembedahan lagi. Nutrisi Parenteral (TPN) belum boleh diberhentikan dan tiub CVL itu perlu untuk TPN (Nutrisi Parenteral). 

Seingat aku jika tiub CVL adik Izz infected, doktor akan berinya antibiotik dahulu samada 'Vanco' (adik Izz alergik dengan antibiotik jenis ini) ataupun 'Genta' ataupun berinya 'Ethanol Lock'. Belum lagi terus dicabut. Jika langkah penyembuhan tidak berjaya, barulah akan dicabut. 

Dugaan bertimpa-timpa
Lepas satu, satu yang datang. Ini semua dugaan buat kami.

Apa pun, aku perlu dengar dari pakar bedah apa keputusan mereka. Yang beritahu semalam hanya doktor bukan pakar. Macam makin melarat pula aku lihat. Lepas satu, satu. Aku kasihan kan mama Izz dan adik Izz. Aku pula mungkin nampak kuat, tapi aku turut bersedih juga. (acting tough). 

Semoga aturan Allah ini terbaik buat kami sekeluarga. In Shaa Allah.

~mungkin ada salah nama pada jenis ubat, itu cuma apa yang aku biasa dengar. Doakan adik Izz. WISH TO DONATE?


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post