ADIK IZZ MAKIN KRITIKAL

Aku sangat tertekan. Dulu, adik Izz juga pernah ditahan di ICU. Tetapi keadaannya semakin sembuh. Kali ini? Hari ke hari aku menjenguknya dengan harapan yang tinggi dia akan makin sembuh. Paling tidak pun celikkan matanya melayan tanda respon yang baik. Tetapi tidak begitu. Realitinya, adik Izz makin teruk aku lihat. Iya, doktor ada katakan perkara yang positif namun aku tak nampak apa yang positifnya. 

Sepsis (kekotoran darah), asalnya sikit je kemerahan di bagahian bawah tiub CVL sebelah kanan. Then sudah jadi sebesar tapak tangan. Then, habis kemerahan perutnya. Hari ini? Seluruh badannya telah merebak. Kalau ikutkan emosi, memang aku marah. Dan sekarang, aku memang sedang marah tetapi aku cuba 'control'. 

Aku dijanjikan untuk kesan apa jenis bakteria selama 48 - 72 jam. Tetapi TIDAK. Aku tanya lagi, 5 - 7 hari pula. Hari ini genaplah 7 hari adik Izz ditahan di ICU. Aku harap, ada berita baik yang aku dengar sebabnya apa yang aku lihat bukanlah yang baik-baik sahaja. 

Sudah 2 hari adik Izz tidak dilekapkan matanya dengan 'tape' tetapi hari ini terpaksa diberi bius penuh dan matanya di 'tape'kan semula. Kasihan tau. Sangat kasihankan dia. Aku sebagai bapa dapat terima yang sekarang adik Izz sedang kritikal. Mama Izz? 

Dialah hari-hari yang menemani adik Izz 24 jam. Dia sanggup cuti panjang untuk adik Izz. Dialah yang mengadap wajah adik Izz hari-hari. Dialah yang paling terkesan dengan keadaan ini. Dia ibu, aku pasti semua ibu akan rasa yang sama. Tidak mampu lagi aku menaip. Sangat beremosi tika ini.

Aku rindukan senyuman di wajahnya
Kembalikanlah senyuman ini.



7 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Allahuakbar !
    Adik izz, terkesan rasa di hati baca luahan ayah kamu dik, apa yang auntie boleh buat doakan kamu agar terus kuat melawan penyakit tu, huhhhh ujian Allah, banyak2 kan berdoa ye, ibu izz juga perlu sokongan moral, salah sorang kena kuat untuk terus menyokong satu sama lain...ya allah sembuhkanlah adik izz. amin

    ReplyDelete
  2. hari2 ikuti perkembangan adik izz... ya allah tabah kan la hati mama izz... saya yang x mengenali pun hati seakan remuk ... semoga allah memberikan kesembuhan kepada adik izz... smoga ada sinar mentari esok

    ReplyDelete
  3. Tuan...sy turut rasakan sedih yg tuan alami itu...begitu kuat dugaannya pun demikian sy mengharapkan agar adik izz sembuh dan sihat spt sediakala. Semoga tuan dan isteri terus dibeikan kekuatan mhadapi situasi ini. Apa lg yg dpt sy perkatakan...hnya teeus berdoa agar ada berita2 yg menyenangkan hati. Sabar tuan ya...

    ReplyDelete
  4. Semoga adik Izz kuat dan tabah. Berjuanglah dik, sesungguhnya ramai yang mengharapkan kemenanganmu.

    ReplyDelete
  5. Semoga tabah menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  6. Semoga adik Izz sembuh. Semoga dpermudahkan segala urusan..

    ReplyDelete
  7. Ko mmg kuat bro... Allah dah ada perancangan terbaik dia utk ko sekeluarga...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post