HANTAR DAN AMBIL ANAK SEKOLAH

Bila anak-anak mula bersekolah ni, rasa terkejar-kejar masa. Pagi kalau boleh, nak kena sampai sebelum sesi persekolahan bermula. Tengahari kalau boleh, nak kena sampai sebelum sesi persekolahan tamat, dan petang pula kalau boleh, pun nak kena sampai sebelum sesi persekolahan tamat. Tambahan pula anak pertama dan anak kedua tak sama sekolah dengan anak ketiga.

Anak pertama dan kedua bila dah hantar sekolah pada paginya, lega dah sikit. Sebabnya petang baru ambil. Mereka bersekolah pagi dan KAFA (Kelas Asas Fardhu Ain) di sekolah yang sama. Anak ketiga? Dia sekolah lain dan sesi persekolahannya pula sampai tengahari sahaja. Maklumlah, prasekolah.


Anak ketiga ni, belum ada/belum jumpa pengasuh yang sesuai. Tengahari bila dia tamat sesi persekolahan, aku akan ambilnya dan hantar ke pejabat wife aku. Wife aku akan jaganya sehingga aku ambil alih jaganya belah petang. Terpaksalah bergilir-gilir menjaganya. Mujurlah bos aku dan bos wife aku jenis yang memahami, kalau tak, susah juga. TERIMA KASIH BOS.

Belah petang turn aku jaga, dia kena ikutlah aku kemana pun. Biasanya ke HKL (Hospital Kuala Lumpur) je. Peneman aku ambil bekalan TPN (Nutrisi Parenteral) dia. Stay lah dia dengan aku sampai wife aku balik kerja, dan anak pertama dan anak kedua aku balik sekolah.


Esoknya, pun rutin yang sama sampailah hari Khamis. Haaa, hari Jumaat je berbeza sedikit. Sebabnya anak pertama dan kedua aku kena solat Jumaat. Aku juga yang bawa. Lepas solat Jumaat, anak pertama aku ada KAFA, anak kedua takde KAFA. Jadi, bila ambil TPN, aku ada 2 peneman (anak kedua dan anak ketiga).

Begitulah rutin aku HANTAR DAN AMBIL ANAK SEKOLAH setiap hari. Ini masing-masing masih bersekolah rendah dan pra. Kalau anak dah menengah nanti, lain dah rutin ni rasanya. Tiga sekolah aku kena hadap. Tak apalah, ilmu penting buat mereka. Aku cuma tunai tanggungjawab aku.

Oklah, aku stop sini je. Hilang rajin, muncul malas. Faham-fahamlah ye. Next aku story lain pulak. Hehehe. See ya!

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post