PEMBEDAHAN SIRI KE 28 | CVL INSERTION 16

Kali terakhir adik Izz jalani pembedahan ialah 2 tahun lepas, CVL insertion yang ke 15. CVL ke 15 adik Izz merupakan CVL nya yang paling lama bertahan, tidak seperti 14 CVL sebelumnya. Syukur padaNYA walaupun sepanjang 2 tahun ini beberapa kali juga adik Izz admitted kerana 'line infection', CVL nya masih boleh diselamatkan.

Takdir. Iye, Allah jua yang menentukan. CVL ke 15 ini alami masalah. Bukan sebab adik Izz tarik, bukan sebab infection, tapi disebabkan CVL ni 'blocked'. Hari adik Izz sepatutnya infused TPN, tapi tak boleh kerana ianya blocked. TPN tak masuk, darah tak keluar.


Selain daripada CVL blocked, CVL ni pun ada cracked. Kecil sekecil kecilnya cracked. Huhuhu. Jadi, adik Izz perlukan CVL yang baru. Dan pagi tadi adik Izz telah jalani satu pembedahan untuk insert new CVL, CVL ke 16 sepanjang 6 tahun ini. Kali ini pembedahan dijalankan di Dewan Bedah Pediatrik, tak seperti sebelum ini yang dijalankan di Angiografi. 

Alhamdulillah, pembedahan berjalan baik. Semuanya berjalan lancar. CVL ke 16 ini pun sama masih di dada kirinya. Aku harap, CVL ini bertahan lebih lama daripada CVL sebelumnya. Biarlah ini CVL yang terakhir buatnya. Tak sanggup nak biarkan adik Izz keluar masuk wad, keluar masuk dewan bedah. Pembedahan hari ini merupakan pembedahan ke 28 adik Izz, merupakan prosedur di dewan bedah yang ke 32'adik Izz dan merupakan CVL ke 16 adik Izz. 

Semoga ada sinar kesembuhan buat adik Izz di bulan baik ini, mudah-mudahan. Aamiin... 23 Ramadan 1440.

2 comments:

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Powered by Blogger.