PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN | IMBASAN PART 1

Anak ke-3 kami diberi nama Muhammad Izzsyraq Azraq 
dilahirkan normal pada tanggal 31 Mac 2013 di Hospital Kajang. 
Membesar seperti bayi-bayi lain, 
adik Izz sihat dan perkembangannya setara dengan usianya.


Allah Maha Kuasa, pada usianya 7 bulan (08 Nov 2013),
adik Izz mengalami gejala muntah-muntah yang teruk dan perut kembung.
Pada awalnya adik Izz hanyalah suspect Pneumonia
dan ditempatkan di wad kanak-kanak biasa sehinggalah
adik Izz mengalami kesukaran bernafas 
dan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Perutnya juga semakin hari semakin mengembung.
Ditempatkan di wad ICU Hospital Putrajaya, 
Pelbagai ujian dilakukan tetapi doktor masih samar dalam memutuskan punca.


Sehinggalah doktor membuat keputusan 
untuk melakukan pembedahan pada perut adik Izz untuk mencari punca. 
Kami bersetuju walau dalam terpaksa 
kerana keadaan adik Izz ketika itu sangat tenat. 
Sepatutnya adik Izz dihantar ke HKL untuk pembedahan
tetapi disebabkan pada hari tersebut HKL tiada kekosongan dewan bedah,
adik Izz terpaksa dibedah di Dewan Bedah Hospital Putrajaya
atas consultation daripada pakar pembedahan kanak2 HKL
kerana Hosp Putrajaya tiada pakar pembedahan untuk kanak2.


Pembedahan pertama yang dilakukan pada 11 Nov 2013
benar2 bagai menoreh hati kami apabila doktor mengesahkan
yang usus kecil adik Izz telah terbelit/ berbelit lebih daripada 4x
dan usus kecil berkenaan telahpon kehitaman. Allahuakbar!
Adik Izz kemudiannya segera di hantar ke Institut Pediatrik HKL
untuk tindakan susulan pakar pembedahan kanak2.
........................



Bersambung ke Part 2, In Shaa Allah


4 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Allahu akhbar..
    Soalan pertama terlntas..

    Macam mana ususnya leh terbelit? huhu sedihnya

    ردحذف
  2. kami pon memikirkan bagaimana ususnya boleh terbelit? doktor pon xde xplaination atas kejadian itu..katanya "saya pon tidak tahu, tiada sape yg masuk dalam perut untuk pusing2kan usus".

    ردحذف
  3. Allahuakbar.
    kenapa sy baru jumpa blog ni.
    sedih bila tengok anak2 kecil kena tanggung sakit macam ni. tak sanggup nak tengok gambar dia dengan wire2 tu sume. get well soon baby izz.

    so sekarang ni baby izz buang air macam mana?

    ردحذف
  4. @farhana : tq.. usus besar takde masalah ape2. buang air macam biasa je. cuma probs pada usus pencernaan je..

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم