ULTRAMAN LAWAN TRANSFORMERS

Assalammualaikum . . .


Hari ini along Izz meneruskan sesi persekolahan semula setelah bercuti 6 hari (Rabu - Isnin) sempena Chine New Year. Mujurlah pagi ini dia boleh bangun seperti biasa dan tidak liat lagi untuk bangun. Seperti biasa apabila along Izz bersekolah, mama Izz rela hati akan pakaikannya stokin dan kasut. 

Tapi itu bukan apa yang aku hendak ceritakan. Setiap minggu persekolahan, sekurang-kurangnya 1 perkara along Izz akan sedikit bermacam-macam hal. Dan pada pagi ini, dia hendak pakai 2 jam tangan. 

Di kanannya jam Transformers dan dikirinya pula jam Ultraman

Jam tangan Ultraman yang aku belikan dan jam tangan Transformers yang opah Izz belikan. Berbeza dengan angah Izz, dia lebih suka simpan jam tangannya di dalam beg. Angah Izz juga miliki 2 jam tangan iaitu jam tangan Superman dan jam tangan Transformers. 

Bila beli apa-apa, mestilah dalam keadaan pair. Tu belum campur dengan adik Izz lagi.

Macam biasa juga, mencebiklah mama Izz bila along Izz tak nak buka jam tangannya. Aku macam biasa biarkan sahaja dengan pesanan "Jangan bagi kawan pulak. Kalau hilang, papa dah tak belikan tau". Dan jawapan along Izz cumalah, "Orait papa!".

Aku masih training along Izz bagi sesi tengahari. Walaupun dia sudah mampu untuk tukar sendiri pakaiannya, namun aku masih datang jengah pada waktu tengahari untuk lihat keadaannya. Inshaa Allah jika semuanya lancar, selepas ini tak perlulah lagi aku datang pada sesi tengahari. 

Mudah-mudahan . . .


7 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. 3 hero ya.. yang jue 2 hero phewww boleh tahan kelasakan dedua hero kami ni.. hehhehe

    ردحذف
  2. Kalau dah namanya hero, emmm sorang pon penin wo! hahaha. Inshaa Allah makin lama makin senanglah nanti.

    ردحذف
  3. salam perkenalan papa izz... uihss.. blm ada hero dah buat sy pning... hihi .. jemput singgah blog sy juga yerr...

    #follower ke 400 weehuuu

    ردحذف
  4. sy sentiasa alert bila papa izz publish new post kt blog nie..sbb dpt notification kt google+..

    hati kecil sentiasa doakan adik izz cepat sembuh dan dapat berkumpul bermain dengan abang2..kagum dengan semangat mama & papa izz..sangat kuat..insyaAllah ada yang lebih besar Allah akan bagi nanti..keep updating about your family k..

    ردحذف
  5. terima kasih kerana sudi baca blog ini. Kadang2 saja selit kisah berkaitan along Izz dan angah Izz supaya ada sikit iklan. Hehehe.. Inshaa Allah, saya cuba terbaik update berkenaan adik Izz dan selainnya. Moga2 dengan doa yang semua tadahkan, adik Izz akan sembuh hendak Nya.

    ردحذف
  6. Ngeee... mcm2 hal along Izz ni... sabar jer la baca cerita die...

    ردحذف
  7. Masa kejadian geram...Bila baca semula, lucu pulak

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم