DRESSING TIUB SUAPAN (FEEDING TUBE) GASTRO

Assalammualaikum . . .

Secara kasarnya, tidak rumit sebenarnya 'dressing' tiub suapan (feeding tube) Gastro adik Izz berbanding dengan 'dressing' tiub Central venous Line (CVL). Itu bagi yang tahu dan biasa melakukannya. Even aku pun belum tentu boleh lakukannya. 

mama Izz sedang flushing tiub suapan Gastro adik Izz dengan air masak

Bagi kes adik Izz, hanya mama Izz dan opah Izz yang arif melakukannya. Tiub suapan (Gastro) adik Izz bertujuan untuk memberi susu khas kepadanya sebagai melengkapi keperluan jumlah susu harian sepatutnya selain sebagai backup nutrisi seandainya adik Izz Off Nutrisi Parenteral (TPN). 

Kebiasaannya, mama Izz akan bancuh susu dahulu sebelum 'dressing'. Buat masa sekarang, susu Mamex Pepti Gold diberi sebanyak 75 ML/ 3 scoop. Selepas itu, air akan dibuang dahulu melalui tiub yang disambungkan menggunakan syringe 60 CC. 

Cara hendak 'dressing' tiub suapan (feeding tube) Gastro pula adalah :

1. Pastikan tangan bersih (penting). Tidak perlu sterile TETAPI cukup sekadar bersih.

2. Ambil cotton ball yang dibasahkan dengan Water for Irrigation.

3. Cuci di sekeliling tiub suapan (feeding tube) Gastro.

4. Kalau ada kesan merah di sekeliling kulit yang ada Button Gastro itu, sapukan dahulu dengan krim Zink Oxide.

5. Ambil Gauze (biasanya 5x5) dan potong di tengah-tengah seperti membuat bentuk Y.

6. Letak Gauze yang sudah dibuat Y dibawah tiub Button Gastro sebagai lapik supaya kulit tidak kotor apabila susu sudah diberi nanti.

7. Kemudian barulah ambil tiub Gastro untuk disambungkan ke perut.

8. Flush dahulu dengan air masak.

Kerana sudah terbiasa, adik Izz hanya memerhati sahaja apa yang dilakukan kepadanya.

9. Barulah disambungkan dengan tiub susu yang sudah dibuang air sebelum ini.

10. Sambungkan ke mesin Syringe pump.

11. Run ikut mesin selama 3 jam, 25 ML/ hour.

12. Selepas habis semua, cabut tiub suapan Gastro.

13. Tampalkan 1 lagi Gauze dekat Button Gastro itu dan plasterkan dgn micropore.

Beginilah rupanya apabila Button Gastro sudah ditutup dengan Gauze dan Micropore

14. Setel

Adik Izz akan ada gap waktu dalam 1 jam sebelum running untuk next round susu. Cuma ulang sahaja semua langkah diatas. Banyak step, namun mama Izz ingat semua langkah berkenaan. Aku cumalah assist andai mama Izz perlukan apa-apa. 

Sampai bilalah kan adik Izz perlu begini?

4 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. mama Izz dah biasa yer..Izz pun baik je dduk diam2..in shaa Allah acik doakan Izz cepat baik yerr

    ردحذف
    الردود
    1. TQ acik siti. Mama Izz sudah pro bab ni. Selalu buat. Saya sikit-sikit tu tahulah!

      حذف
  2. Assalam papa izz,
    sungguh tabah mama izz
    hati seorang ibu
    serius macam rasa ada di tempat mama izz
    moga mama izz diberikan kesihatan yang baek & dapat terus jada adik izz sayang
    AMIN

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم