STOKIN PUN MAMA PAKAIKAN

Assalammualaikum . . .


Minggu kedua along Izz bersekolah Tahun Satu. Setiap pagi aku, mama Izz dan angah Izz akan menghantar along Izz ke sekolah. Menyenangkan kerja, aku hanya berhentikan kereta ditepi jalan seberang sekolah sahaja. 


along Izz hanya mendiamkan diri menurut arahan mama Izz tatkala menyiapkannya

Dari situ mama Izz akan siapkan along Izz dengan memakaikannya stokin, kasut, tali leher dan begnya sambil-sambil memberi pesanan kepadanya, "along, mama letak milo dan biskut dekat poket ini ya. Mama letak dompet dalam poket ini ya. Along keluar rehat nanti makan tau. Along habis kelas tunggu papa kat tangga tau. Along jangan keluar dari pagar tau". Dan macam-macam lagi along, along, along, along dan along. 

Isnin apabila kasut sekolah along Izz tertinggal
Selasa apabila along bawa Optimus ke sekolah
Rabu apabila tengaharinya along Izz lari keluar dari sekolah


Agak-agak along Izz ingatkah semua pesanan itu? Hahaha. Yang aku dengar along cuma cakap "ok mama!" untuk setiap pesanan yang diberi. Bila tiba waktu tengahari aku akan datang untuk melihat keadaan along Izz selain menyiapkannya untuk kelas KAFA pada petangnya, aku lihat duit dalam dompet RM3 sudah selesai, milo kotak juga sudah selesai dan biskut juga sudah selesai.

Khamis, hari ini along Izz agak ceria.


Maknanya along Izz ingat segala pesanan mamanya. Pesanan yang sama setiap pagi. Skrip pesanan juga sama sahaja. 

Syukur.




2 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Hahahah...kesian mama nya..tapi saya pun macam tu tau..walaupun anak dah darjah dua tahun ni setiap pagi macam tu la jugak saya pesan...

    Darjah satu dulu, bawak bekal habis dia bagi kat orang ..lepas tu baru 3 hari sekolah pensil warna tinggal kotak..cukup sebulan kain sekolah terkoyak..hahhah..macam2..naik darjah dua dah ok..


    Tahun depan Along Izz ok la tu..

    ردحذف
  2. hahaa comellah si along ni. mengiakan semua kata-kata mama. moga berjaya dalam pelajarann.

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم