Nama seseorang manusia adalah tanda dan alamat untuk dirinya.
Tanpa nama, seseorang insan sukar dikenali dan dipanggil.
Kerana itu, apabila lahir seorang bayi, wajib bagi penjaganya memberikan satu nama kepadanya.
Imam Ibn Hazm menukilkan kesepakatan ulama tentang
wajib memberi nama kepada anak lelaki dan perempuan.
Dalam memberikan nama anak, jangan kita memandang remeh.
Kerana, nama yang kita berikan kepada sikecil inilah yang akan menjadi label
untuk dirinya sampai bila-bila. Nama inilah yang akan tercatat dalam
sijil kelahirannya, kad pengenalannya, lesen memandunya, sijil-sijil akademiknya, sehingga ke
sijil kematiannya.
Jika nama yang diberikan memberi maksud yang tidak baik,
dia akan dikenali dengan nama itu sehingga akhir hayatnya.
Bukan itu sahaja, orang yang memberikan nama juga akan menerima malu.
Sebagaimana pepatah (Arab) menyebut,
‘Melalui namamu, sudah kukenal siapa ayah kamu’.
Oleh itu,'Melalui
MUHAMMAD IZZDANISH FARISH,
sudah kukenal siapa
MOHD KHIZRUL RHIZAN',
sudah kukenal siapa
MOHAMAD RIDUAN
sudah kukenal siapa
SABRI
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!