KELENGKAPAN ASAS DRESSING CVL DAN TPN

Dibawah Program Home TPN, segala yang berkaitan dengan 'dressing' ataupun On Nutrisi Parenteral (TPN) perlu kami lakukan sendiri. Prosedurnya sama seperti di hospital dimana kebersihan dan sterility perlu diutamakan. Sedikit kesilapan, besar kesannya. Sebab itulah segala keperluan adik Izz dalam bentuk pakai buang (disposable) kecuali ada beberapa peralatan yang boleh digunapakai beberapa kali. 

Untuk 'dressing' tiub Central Venous Line (CVL) dan On Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz, biasanya inilah keperluan yang perlu ada. Antaranya :

1. Heparine Saline
Biasanya digunakan untuk 'flushing' CVL adik Izz setiap kali On dan Off TPN. Heparine digunakan untuk mengubati dan menghalang pembekuan darah beku. Jika lancar, Alhamdulillah CVL adik Izz dalam keadaan baik. Kalau tersekat-sekat, maknanya ada something wrong dengan tiubnya.

Heparinised Saline injection


2. Normal Saline
Juga digunakan untuk 'flushing' tiub CVL adik Izz setiap kali On dan Off Nutrisi Parenteral (TPN). Ia merupakan larutan fisiologik (Phisiological zouth) dan sering digunakan untuk tubuh.

Sodium Chloride Injection


3. Disposable Dressing Set
Merupakan komponen lengkap alat merawat luka yang digunakan untuk sekali pakai dan yang paling utama adalah ianya steril. Ada beberapa tools di dalamnya siap dengan plastik sampah lagi.

Disposable Dressing Pack


4. Latex Surgical Glove
Tujuannya tidak lain tidak bukan adalah untuk melindungi si pemakai dari sebarang cecair badan atau sumber jangkitan. Biasanya hanya mama Izz sahaja yang memakainya. Aku sebagai assistant tak perlukannya sangat.

Sterile Latex Surgical Glove


5. Sterile Gauze
Mama Izz gunakannya untuk melakukan pencucian, pembebat luka dan membuat balutan pada setiap sambungan tubing adik Izz. Even masa mama Izz pegang tiub CVL adik Izz pun menggunakan gauze walaupun mama Izz memakai glove waktu itu.

Sterile Gauze Swab 5x5


6. Cotton Balls
Mama Izz gunakannya untuk mencuci luka adik Izz samada gunakan dengan Povidone Iodine atau dengan Water for Irrigation. Biasanya pada tiub adik Izz, mama Izz gunakan Povidone Iodine dan pada luka CVL pula mama Izz gunakan Water for Irrigation.

Sterile Cotton Ball


7. Syringe (5cc dan 3cc)
Alat suntuk untuk 'flushing' tiub CVL adik Izz, biasanya 2 syringe diperlukan. Satu untuk heparine Saline (3CC) dan satu lagi untuk Normal Saline (5CC).

Terumo Syringe 5cc

Terumo Syringe 3cc


8. Water for Irrigation dan Povidone Iodine
Tujuannya untuk cucian dan elakkan jangkitan (antiseptik). Povidone mama Izz gunakan untuk cuci disetiap sambungan tubing adik Izz dan Water for Irrigation untuk cuti luka CVL adik Izz. 

Water for Irrigation

Povidone Iodine


9. Alcohol Swabs
Sejenis antiseptik ataupun perbersih kuman dan bakteria. Aku gunakan ini kadang-kadang untuk mencuci trolley adik Izz dan juga gunakan setiap kali hendak ambil darah pada tumit adik Izz setiap kali hendak cek kandungan gula dalam darahnya.

Alcohol Swab


10. Hypafix
Dressing penutup luka lebar yang berpelekat dan terbuat dari bahan non - woven polyster. Pelekat lain adik Izz agak allergik. Yang ini sahaja yang ok dan tahan walaupun terkena air. Biasanya hendak tutup luka CVL adik Izz. Harganya agak mahal dan susah hendak dapat. Selau aku beli di farmasi HUKM.

Hypafix 10x10


11.  Micropore
Biasanya aku gunakan surgical tape ini untuk membalut sambungan tubing adik Izz. Mama Izz akan balutkan dahulu dengan gauze, dan aku akan sudahkan dengan tape Micropore ini. Ada 3 tempat yang perlu aku balut biasanya. Sambungan pada CVL adik Izz, sambungan pada lipid filter adik Izz dan sambungan pada TPN adik Izz.

Micropore


12. Instopper (Heparin Cap)
Yang ini gunanya untuk tutup tiub CVL adik Izz selepas habis Nutrisi Parenteral (TPN). Kalau tidak, memang terkeluarlah darah adik Izz kalau tak lock dengan benda ni.

Yellow instopper (Heparin Cap)


13. Facemask dan Handrub
Ini sebagai extra cautious. Mama Izz perlu gunakan facemask dan aku pula biasanya akan gunakan handrub sebelum menyentuh apa-apa peralatan adik Izz.

Hand rub

Tie On Facemask


Semua ini aku perlu sediakan sendiri dan dibeli sendiri. Ada jugalah yang lain-lainnya lagi diperlukan tetapi itu lebih kepada tambahan kepada keperluan adik Izz. Povidone Iodine itu akan diberi pihak hospital biasanya setiap kali adik Izz akan datang untuk checkup, timbang berat dan ambil darah. 

Mujurlah Catheher (tiub warna oren) nak salurkan TPN ke CVL adik Izz dan juga Lipid Filter (blue filter) itu dsertakan sekali bersama-sama dengan pek Nutrisi Parenteral (TPN). Kalu tidak, emmm sudahlah mahal tubing set itu. Alhamdulillah rezeki adik Izz kan dapat percuma sekali dengan TPN.

Dressing TPN

Semoga apa yang kami lakukan dipermudahkanNya. Inshaa Allah.


Surat Pengesahan Doktor
Surat pengesahan doktor perbelanjaan perubatan adik Izz dibawah Program Home TPN.


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Semoga dipermudahkan rezeki papa dan mama Izz untuk anak2 terutama adik Izz

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post