Awak Bukan Lagi di Bibir

Sebelum Berkahwin

"Abang cintakan sayang!"
"Abang cintakan sayang!"
"Abang cintakan sayang!"

3x perkataan itu dibisikkan di telinga si 'dia'. 
Si 'dia' hanya mampu tersenyum mendengar
Luahan hati 'jejaka' pujaannya!

Setiap kali menelefon pun,
Kata2 sayang dan cinta tak pernah lekang dari bibir
Almaklumlah indahnya dunia percintaan
Bagaikan dunia kita yang punya.

Apapun halangan mendatang,
Tetap ditempuhi dengan tabah dan tenang!
Ke mana2 bersama2 dengan tawa dan riang!

Selepas Berkahwin

Pada suatu petang, Si Isteri bertanya 
"Kenapa Abang cam lain je? Abang dah berubah..."
"Iye ke?" 
balas Si Suami sambil melayan Junior MasterChef Australia.
"Abang dah tak sayangkan Sayang ke?"
Si Suami diam membisu.
"Abang dah tak cintakan Sayang ke?"
Si Suami masih menatap LCD 40' tanpa sepatah kata lagi.
"Abang dah tak sukakan Sayang ke?"
Si Suami masih lagi macam tunggul, diam 1000 bahasa. 
Kanak2 memasak lebih menarik perhatian Si Suami. 
Si Isteri mukanya sudah masam mencuka 
(klu campur gula 10kg pon blm tentu hilang masamnya)
"Atau Abang sudah ada yang....." 
Si Suami bingkas bangun menutup mulut Si Isterinya yang dr tadi xhenti2 bercakap!
Dengan nada tak tinggi dan juga tak rendah (sederhana), 
"Kata2 cinta dan sayang itu hanya luahan di bibir sahaja. 
Semenjak Abang melafazkan 'Aku terima Nikahnya', 
sejak itu Sayang bukan lagi di bibir Abang, tetapi di sini". 
sambil Si Suami tunjukkan ke arah hatinya!
"Sayang kekal selamanya di hati Abang ini. 
Hingga akhir nyawa, cinta dan sayang Abang ini hanya untuk Sayang".

Cinta di hati kini (Along Farish dan Adik Qhalif serta Mamanya!)
Kalau mak tanya soalan gini, rasanya Wa bley jawab used this situation kot! Kah3

Entri ini di-inspirasikan dan di-olah dari sumber 

1 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم