Salam Pagi Jumaat untuk semua!
Pada kaum lelaki,
JANGAN lupe SOLAT JUMAAT tau
emmm, ape misi Wa hari nie ek?
oooooowh, Wa nak bertazkirah skit!
Boleyh? (klu xboleh pon, suke Wa le)
Wa nak kongsi ngn kaum lelaki sekalian
Tentang Wanita | menurut pesanan Imam Al-Ghazali
" Jangan Engkau Kahwini Wanita Yang Enam (6) ini,
Jangan yang ANANAH, yang MANANAH dan yang HANANAH
dan jangan engkau kahwini yang HADAQAH,
yang BARAKAH, dan yang SYADAQAH "
Now biar Wa terangkan ape maksud2 Enam (6) di atas :
| WANITA ANANAH |
Banyak mengeluh dan mengadu dan
tiap saat memperalatkan sakit / buat2 sakit
| WANITA MANANAH |
Suka membangkit-bangkit terhadap suami
Wanita ini sering menyatakan
'Aku membuat itu kerana kamu'
| WANITA HANANAH |
menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yg lain
yang dikahwininya sebelum ini atau
kepada anaknya dari suami yang lain
| WANITA HADAQAH |
melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu
lalu menyatakan keinginannya utk memiliki barang itu
dan memaksa suaminya untuk membelinya
| WANITA BARAQAH |
pertama : yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya
kedua : dia marah ketika makan dan
tidak mahu makan kecuali sendirian
dan diasingkannya bahagiannya.
| WANITA SYADAQAH |
banyak cakap tidak menentu lagi bising
Mudah-mudahan tazkirah ringkas Wa nih bermanfaat
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!