Durian Runtuh Peneroka | Update

Perdana Menteri Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak mengumumkan 
‘Durian Runtuh’ bernilai RM 15,000.00 kepada setiap 
dari 112,635 peneroka FELDA. 
Ianya sebagai menghargai sumbangan mereka 
kepada pembangunan ekonomi Negara.

“Sempena penyenaraian FGVH, ‘Durian Runtuh’ 
bernilai RM 1.689 billion
Pada Fasa 1, RM 5,000.00 kepada setiap peneroka
Pada Fasa 2 pula, RM 5,000.00 kepada isteri peneroka
Fasa 3, agihan RM 5,000.00 kepada anak peneroka.


SYUKUR ALHAMDULILLAH!


pembayaran bagi fasa pertama 
akan diagihkan dalam tempoh antara dua hingga tiga minggu.
Pembayaran akan dibuat secara tunai 
dan fasa kedua akan dibuat sebaik sahaja selesai pembayaran fasa pertama



Assalammualaikum dan Salam 1 Malaysia
Mesti ramai warga Felda ternanti2, kan?
Wa pon sama coz Wa anak Felda (G2)
Wa rasa mesti berbaloi ngan ape yg Para peneroka dah sumbangkan

Pada ape yang Wa lihat, memang susah beb!
Wa dulu2 selalu gak tolong ayah Wa kat ladang sawit tuh
Memang memenatkan...Walaupun Wa sekadar kutip 'biji relai'
Kalau nak pikul buah sawit tuh, memang Wa xlarat

But Wa tengok ayah Wa ngn rakan2 peneroka lain,
Selamba je diorang pikul buah sawit tuh...
Dah r berat, berduri lak tuh! Memang kesian...
So, mungkin ini sebagai menghargai mereka...

p/s : Tak sabar tunggu pengumuman PM!...Nanti Wa update value lak ok!....


"PROUD to be anak FELDA"




KLIK | Durian Runtuh Kepada 112,000 Peneroka Diumum Hari Ini:

KLIK | ‘Durian Runtuh’ Yang Bakal Diumumkan Pada Peneroka Baru Permulaan…

'via Blog this'

3 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. untung laa... huhuhu...

    ReplyDelete
  2. @careno parent untung le pas kerja keras selama nih..anak2 (cam Wa) nak tompang aje! keh3

    ReplyDelete
  3. Ai pun tumpang sekaki gakk.. (menantu,..) hahahahha!!!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post