PELUANG UNTUK HIDUP | IMBASAN PART 2

Sepanjang berada di ICU Hospital Putrajaya, 
tak banyak perubahan positif pada adik Izz. 
Teringat kata-kata doktor selepas selesai melakukan pembedahan tersebut 
"kalau buang semua usus yg dah mati, anak encik dan puan tiada harapan". 
Ya Allah, betapa hati ini seperti dicarik-carik rasanya. 
Kami hanya mampu menangis sahaja pada saat itu. 
Hati seorang bapa yang aku boleh katakan keras pon boleh berjujuran air mata, 
apatah lagi mama? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. 


Pada 12 Nov 2013, adik Izz telah dipindahkan 
ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan seterusnya. 
Di sana adik Izz ditempatkan di ICU 
kerana dia masih memerlukan alat bantuan pernafasan. 
adik Izz dipantau untuk tempoh 24 jam 
sebelum apa-apa kata putus diberi. 

Keesokkannya 13 Nov 2013, adik Izz menjalani pembedahan ke-2 
untuk membuang usus kecil yang telah mati akibat terbelit. 
Pakar pembedahan hanya membuang 10cm usus kecil 
yang benar-benar telah disahkan mati. 
Pakar mengesahkan usus kecil adik Izz yang betul-betul sihat 
hanya tinggal 5cm di bahagian Duodenum. 


SOURCE : GOGGLE
Panjang usus kecil lebih kurang 6 - 8 meter.
Usus kecil terdiri dari tiga bahagian iaitu :
1. usus dua belas jari (duodenum),
2. usus kosong (jejunum) dan
3. usus penyerapan (ileum)
Bakinya dibiarkan sementara bg tujuan pemantauan 
kerana usus berkenaan belum rosak sepenuhnya 
TETAPI............. Ini kata Dato' Z 
"70% anak encik takkan selamat". 

Ya Allah, walaupun kata-katanya lebih baik daripada kata doktor Putrajaya, 
hati kami sebagai ibu-bapa tidak dapat menerima berita berkenaan. 
Jujuran air mata tak payah dipaksa tetap mengalir keluar. 
Adik oh adik! 
Saudara-mara, rakan-rakan yang menziarahi adik Izz 
pun turut mengalirkan air mata. 
Besar sungguh dugaan-Mu ini!

From here lah doktor mengesahkan adik Izz pengidap
Short-Bowel-Syndrome. Rare desease and everything about rawatan adik Izz
adalah 'Try n Error' method sebabnya 
belum ade rujukan lagi untuk kes2 seumpamanya sebelumnya.
Kalau kat overseas tu banyaklah kes.



Bersambung ke Part 3, In Shaa Allah. 
Di mana kami diberi pilihan antara hidup dan mati. Allahuakbar!


Klik untuk PERUBAHAN DALAM KEHIDUPAN | IMBASAN PART 1 

Read more


2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Bercucuran membaca coretan ni. Cik Mun doakan Allah permudahkan segala urusan adik sekeluarga.Amin!

    ReplyDelete
  2. terima kasih cik mun.. banyak jasa cik mun. semoga Allah membalas budi baik cik mun..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post