STERILE DAN STERIL | CARA-CARA TPN | HOME TPN

Kalau tengok pada kamus medik lah kan,
steril ni maksudnya bebas dari kuman atau mikroorganisma hidup. 
Betullah tu kot sebabnya bila tengok pada keperluan home tpn adik Izz, 
semuanya steril, sterile, steril dan sterile
Mama Izz memang tekankan sangat-sangat pasal menatang steril ni. 
Nak masuk bilik adik Izz pon nak kene basuh tangan dulu, 
pastu rub pulak dengan hands-rub. 

Kalau nak prep untuk tpn, lagilah kuat penekanan STERILnya. 
Maklumlah keadaan adik Izz dengan tiub di dada 
memudahkannya untuk terkena jangkitan. 
Bila terjangkit, emmm wad lah jawabnya.

Kalau adik ade di rumah, 
pemberian tpn / lipid tetap jugak diteruskan.

Nak pasang jadikan macam kat mesin tu memang mencabar semacam. Tak boleh terburu-buru.
Slow and Steady supaya tiada kesilapan berlaku.
Maknanya, mama Izz akan bertindak sebagai doktor 
dan aku? mestilah jadi nurse dia. 
Alhamdulillah, tak susah sediakan tpn di rumah 
(kalau yang dah biasa macam mama Izz), 
sebabnya memula aku kekok jugak nk sediakannya.

Perkara utama sebelum mulakan proses tpn adalah |MANDI|. 
Then untuk tpn tak boleh ramai2 yg buat, biasanya |2-3 ORANG| sahaja. 
Tugas aku pulak biasanya adalah |PREP| / sediakan semua peralatan
Kebiasaannya, inilah yang aku buat :
1. Keluarkan tpn dari peti ais 
2. Cuci trolley dengan Alcohol-Swab 
3. Cuci tangan dengan |DETTOL| dan sudahkan dengan |HANDS-RUB|

Inilah rupanya pabila semuanya kelengkapan prep tpn adik Izz sudah dibuka.
4. Keluarkan semua kelengkapan adik Izz seperti |GAUZE|, |COTTON BALLS|, |3-WAYS-STOPCOCK|, |HEPARINE SALINE|, |NORMAL SALINE|, |POVIDONE|, |SYRINGE 3CC|, |SYRINGE 5CC|, |DRESSING SET|, |HYPAFIX|, |FACEMASK|, |SURGICAL GLOVE|, |SCISSORS|, |MICROPORE|, |TPN FILTER|, |LIPID| and |TUBING| 

Lipid (dipercayai minyak ikan) harus disambung ke tubing kuning pastu sambung pulak dengan 3 ways-stopcock
pastu sambung lagi dengan tiub oren pulak pastu emmmm, emmmm, korang tanyalah mama Izz. Hihihi!
5. Cuci tangan sekali lagi dengan Dettol dan sudahkan dengan Hands-Rub 
6. Buka semua barang2 yang dikeluarkan tadi 
7. Setakat itu je tugas aku untuk bahagian prep. 

Dah macam buat resepi pulak dah ni. 
Takat ni je lah dulu, nanti aku sambung part mama Izz pulak. 
Cerita dengan mulut lagi senang dari cerita dengan keyboard rupanya. 
Huh! Huh! Huh!



Setakat hari ini, dah #346 hari adik Izz sakit dan masih di Wad. Dugaan! Sabar!



8 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. semoga adik izz cepat sembuh cik belbel doakan. kesian nya kecik kecik dah dapat dugaan hebat macam tu. Allah..

    ردحذف
  2. Inshaa Allah.. Aaminn.. semoga ape yang didoakan dimakbulkan Allah

    ردحذف
  3. papa dan mama izz dah boleh bukak sepital sendiri. Apapon, Doa dan harapan kami: Moga adik Izz sembuh. Amin!

    ردحذف
  4. @Mar Mansor semoga kekuatan mama Izz berkekalan.. respect her

    ردحذف
  5. @cik muntel hahaha.. bilik rawatan dimana@. mujur dalam kereta xperlu di'klinik'kan

    ردحذف
  6. info yg sgt bguna utk sapa2 yg ad anak penyakit sm.

    ردحذف
  7. @Mila Hilas Inshaa Allah, mudah2an dapat membantu.

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم