Assalammualaikum...
Inilah opah Izz dan atok Izz. Semoga mereka sentiasa sihat dan dipanjangkan umur. |
Aku amatlah bersyukur KERANA
dikurniakan mak dan abah mertua
yang amat memahami dan cekal.
Sejak adik Izz sakit November 2013,
mereka telah menetap bersama-sama kami demi menjaga adik Izz
supaya mama Izz tidak berhenti kerja.
Maklumlah kami bukanlah keluarga yang senang.
Dan adik Izz pula perlukan jagaan penuh.
Nak upah pembantu atau jururawat khas, kos nya sangat tinggi.
Pernahlah aku risik-risik, kosnya mencecah ribuan ringgit juga.
Mereka kental tinggal di bandar ini
dan terpaksa melupakan rumah serta kampung halaman.
Selain mama Izz, opah Izz juga berkemampuan untuk melakukan tugas2 seorang jururawat. Respek her much! |
Setiap Isnin - Jumaat, opah Izz akan menjaga adik Izz
sepanjang mama Izz bekerja.
Bangun seawal 4.30am setiap hari menyiapkan bubur adik Izz,
bekalan makan di wad dan makanan untuk atok Izz sepanjang hari,
6.15am kami sudah gerak ke HKL.
Apabila opah Izz di wad, atok Izz akan tinggal berseorangan di rumah.
Keluar rumah pun hanya untuk solat di surau sahaja.
Aku yang memerhatikan hal ini selama setahun ini kadang-kadang terharu rasa.
Tapi, atok Izz tak pernah menyuarakan apa-apa pon,
tanda yang atok Izz sudah redha akan ujian keluarga kami ini.
Opah Izz melayan kerenah adik Izz yang semakin hari semakin aktif dan nakal. Namun, opah Izz sabar dan kuat hadapinya. |
Opah Izz pula apabila di wad, akan 'terikat' dengan adik Izz sepanjang masa.
Even solat pon tepi katil.
Kadang2 mama Izz akan datang ke wad waktu lunch-break
untuk beri peluang opah Izz berehat, mandi, makan dan bersolat.
Seminggu sekali atok Izz akan ke Wad melawat adik Izz. Terlepaslah rindu mereka saat itu. |
dan opah Izz akan pulang dan bertemulah semula dengan atok Izz.
Maka, mereka akan bersama kembali.
Dan esoknya?
Diulanglah kembali berpisah.
Sepatutnya pada usia emas ini, mereka bersama2 meluangkan masa,
bersembang2 kisah2 dahulu dan macam2 lagi.
Sedih juga kami dengan keadaan ini,
tapi apakan daya kerana ini semua perancangan Allah.
Kami yakin Allah akan permudahkan segalanya.
Kami yakin Allah akan permudahkan segalanya.
Apa yang mampu kami lakukan adalah
memberi sebaiknya dan menggembirakan mereka
semampunya.
memberi sebaiknya dan menggembirakan mereka
semampunya.
Semoga Allah memberi rahmat-Nya yang melimpah
kepada opah Izz dan atok Izz
serta memberikan kesihatan yang berpanjangan kepada mereka.
Besar jasa dan pengorbanan mereka kepada kami sekeluarga.
Tak termampu kami membalasnya.
TERIMA KASIH MAK! TERIMA KASIH ABAH!
Kami berdoa agar adik Izz cepat sembuh,
dan keadaan ini hanyalah sementara.
Besar harapan kami agar dapat bersama kembali
menjalani hidup seperti asalnya
dan opah Izz serta atok Izz dapatlah pulang ke kampung
menghabiskan masa-masa mereka bersama-sama,
kembali bercucuk tanam, berkebun dan segalanya seperti sebelumnya.
Amin....
Sebelum terlupa,
HAPPY BELATED BIRTHDAY to opah Izz on 03NOV dan
HAPPY ADVANCE BIRTHDAY to atok Izz on 25NOV
dan keadaan ini hanyalah sementara.
Besar harapan kami agar dapat bersama kembali
menjalani hidup seperti asalnya
dan opah Izz serta atok Izz dapatlah pulang ke kampung
menghabiskan masa-masa mereka bersama-sama,
kembali bercucuk tanam, berkebun dan segalanya seperti sebelumnya.
Amin....
Sebelum terlupa,
HAPPY BELATED BIRTHDAY to opah Izz on 03NOV dan
HAPPY ADVANCE BIRTHDAY to atok Izz on 25NOV
sedih... sebak...
ردحذفatok pernah menjadi seorang ayah...
opah pernah menjadi seorang ibu...
masih seorang ayah...
masih seorang ibu...
selamanya takkan hilang kasih sayang!
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!