KESUDAHANNYA KERANA KERAP 'HYPO'

Selama beberapa minggu sebelum ini, 
adik Izz akan diuji dengan OFF Nutrisi Parenteral (TPN) nya selama 2 hari 
untuk lihat keadaannya tanpa Nutrisi Parenteral (TPN). 
Namun, apabila OFF Nutrisi Parenteral (TPN) 
adik Izz pasti akan 'Hypo'. 

Bila ON Nutrisi Parenteral (TPN), lekat kat katil aje lah. Bila OFF TPN, kene drip pulak. Lekat jugak kat katil
Kadang-kadang sempatlah juga satu malam bertahan 
barulah adik Izz akan 'Hypo'. 
Paling cepat tidak sampai 8 jam, adik Izz sudah 'Hypo'. 
Lowest read untuk 'Hypo' adik Izz pula adalah 1.9. 
Apabila dilihat dari segi fizikal adik Izz, 
tidak langsung menunjukkan tanda-tanda 'Hypo
kerana dia sangatlah aktif. 
Apabila dilakukan ujian darah pula, ermmmm adik Izz 'Hypo'. 

Bila adik Izz 'Hypo', alamatnya terpaksalah adik Izz drip HSD10. 
Entahlah... 
Doktor pun sedang memikirkan cara 
supaya adik Izz dapat reserve gula yang diberi. 
Selama adik Izz 'Hypo', 
kandungan gula di dalam Nutrisi Parenteral (TPN) akan ditingkatkan. 

Kadang-kadang pilu je muka adik Izz. Mungkin dia pon pasrah dengan apa yang berlaku
Memandangkan selama beberapa minggu 
masalah 'Hypo' adik Izz belum dapat diselesaikan, 
sudahnya doktor sarankan penggunaan Nutrisi Parenteral (TPN) 
diberi setiap hari selama 16 jam sehari 
tanpa OFF Nutrisi Parenteral (TPN) pada hujung minggu. 
Dan doktor akan fikirkan new plan untuk adik Izz. 
Penggunaan Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hari 
akan dijalankan selama berapa minggu masih belum diputuskan. 

Kita tunggu dan lihat sahaja apa plan yang akan difikirkan para doktor. 
Apa yang mampu kita lakukan? 
Berdoalah agar adik Izz diberikan kesembuhan oleh-Nya 
dan dipermudahkan segalanya. 

Aaminnn . . .



2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. katil tu saya pernah ingat saya baring bersama dengan anak saya
    kedua anak saya pernah dimasukkan ke wad
    tapi mereka atas sebab yang tak seteruk adik izz
    paling lama pun saya duduk adalah dua minggu

    itu pun saya dah merasai tekanan
    tak tahu macamana saudara dan isteri mampu lakukan selama itu
    tapi mungkin disebabkan anak kita terdorong untuk terus lakukan
    pengorbanan yang sangat tinggi nilainya

    berat mata memandang, berat lagi mahu memikul
    moga adik izz cepat sembuh
    acik yana sangat bersimpati tapi simpati acik yana tak akan mungkin
    redakan segala azab atau kesakitan adik izz
    be strong sayang, acik yana doakan dari jauh

    ReplyDelete
  2. @Yana Yani terima kasih acik yana. Kami pon kadang2 rasa penat sangat dah, namun demi adik Izz kami gagahkan juga supaya dia xmerasa yang dia membebankan kami. Alhamdulillah, ramai yang memberi sokongan kepada kami

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post