NUTRISI PARENTERAL (TPN) SEUMUR HIDUP?

Kalau dahulu Dato' pernah kata yang 
adik Izz akan menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) seumur hidup, 
kami memang terasa sangat sedih. 
Tapi lama-kelamaan ia semakin hilang 
kerana adik Izz semakin positif 
dan sepanjang masa berkenaan ada doktor yang mengatakan 
bahawa adik Izz akan menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) 
hanya untuk sementara waktu. 

Walau tubing sentiasa di dadanya, Alhamdulillah itu tidak mengganggu pergerakannya.

Semalam doktor minta buku rawatan adik Izz 
yang ada semua rekodnya sejak disahkan 
sebagai penghidap Short Bowel Syndrome untuk dibentangkan 
dihadapan semua bakal doktor pakar seluruh Malaysia di Universiti Malaya. 

Sembuhlah anakku, kabulkanlah permintaan kami ini ya Allah!

Adik Izz dengan usus kecil yang tinggal 8cm 
disahkan sebagai usus terpendek yang ada setakat ini. 
Dan doktor masih lagi menyatakan yang adik Izz masih lagi 
akan bergantung kepada Nutrisi Parenteral (TPN) seumur hidupnya. 

Kegembiraan pada wajahnya menyorok segala kesakitan.

Semua pihak masih buntu mencari penyelesaian terbaik agar adik Izz sembuh. 
Buat masa sekarang dengan teknologi sekarang, 
hanya Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja penyelesaian terbaik yang ada. 

Doktor usap kepala adik Izz sambil berkata, 
"Bagaimanalah adik nak bersekolah nanti?", 
"Bagaimanalah dia dah besar nanti? Nak bekerja?". 
Menitis air mata mama Izz apabila mendengar perkabaran itu.

Mama Izz yang sentiasa ada disisinya siang dan malam. Sabar dan tabah menanti

Menurut doktor lagi, sekarang hanya keajaiban Allah sahaja 
yang dapat membantu adik Izz. 
Kami tahu mereka juga telah berusaha berhabis-habisan 
untuk adik Izz dan mereka juga amat menyedihi keadaan adik Izz, 
namun.........
Semoga Allah berikan petunjuk dan hidayahNya
agar para doktor semua menemui jalan penyelesaian.



Akan datang tiada siapa yang mengetahui apa akan terjadi,
yang pastinya kami yakin Allah akan dengar rintihan 
dan doa kami ini serta rakan-rakan semua.

3 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. jangan pernah berputus asa dari rahmat Allah. Kerana doa dan harapan kepadaNya juga sebahagian dari tawakal.

    ReplyDelete
  2. @cik muntel Inshaa Allah cik Mun. Kami cuba sehabis daya all out berikan yang terbaik buat adik Izz.

    ReplyDelete
  3. sabar... tawakal... berdoa sentiasa ye papa mama izz.
    Allah duga sebab kasih syg...
    Allah duga sebab tahu papa mama izz kuat!
    in shaa Allah...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post