Umum tahu yang adik Izz sudah sakit sejak November 2013,
dan secara umumnya juga ramai yang tahu
adik Izz sudah lama di'tahan' di wad.
Pernah dengar atau tidak yang
"kawan gembira senang dicari, kawan sedih susah dicari"?
Kalau salah, tolonglah betulkan ya.
Keluarga kecil kami. Harap kami semua kekal bersama selamanya. |
Sejak adik Izz sakit dan duduk di wad,
ramai kawan-kawan yang telah menziarahi adik Izz,
yang bersama-sama mendoakan kesembuhan adik Izz,
yang ringannya tangannya memberi sumbangan/ sedekah,
yang sering bertanya khabar adik Izz, dan
yang sentiasa memberikan sokongan serta dorongan.
Kawan-kawan yang pernah membesar bersama,
yang pernah bersekolah tadika bersama,
yang pernah bersekolah rendah bersama,
yang pernah bersekolah menengah bersama,
yang pernah belajar di universiti bersama,
yang pernah bekerja sebelum ini bersama,
yang pernah kenal melalui kawan kepada kawan,
yang kenal melalui whatsapp, blog dll,
yang pernah berkursus bersama, serta
yang kininya bekerja bersama-sama.
Sumber : google |
Aku selalu update keadaan adik Izz di dalam facebook,
dan mereka sering mengikuti perkembangan adik Izz melalui facebook.
Tidak kurang juga yang hanya mengenali aku melalui facebook,
tetapi mereka juga bersama-sama mendoakan adik Izz
dan ada yang datang melawat adik Izz di wad.
Terkejut juga apabila ada yang datang melawat adik Izz,
yang aku tidak kenali. Bila ditanya,
"ade tengok kisah adik Izz dalam facebook"
Terima kasih banyak-banyaklah aku ucapkan kepada semua.
Ada juga yang personal message untuk mengetahui keadaan adik Izz,
ada juga yang minta nombor akaun untuk memberikan sumbangan,
ada juga yang minta alamat untuk diposkan sumbangan, dan
ada yang tanpa banyak soal memberi pinjaman kepada aku.
Yang baik hatinya apabila aku pernah meminjam,
dan dia cuma kata "takpelah, aku dah niat sedekah pada anak ko".
Terima kasih banyak-banyak sangat. Segan rasa bila begitu.
Juga kepada kawan-kawan yang lain yang buat aku terharu
kerana mereka memahami keadaan yang aku hadapi ini.
Tiada yang memaksa dan mendesak. Alhamdulillah!
Sumber : google |
Inshaa Allah, andai panjang umur dan murah rezeki kami,
aku akan cuba membalas budi baik semua.
Buat masa sekarang, aku dan keluarga hanya mampu mendoakan
agar mereka semua dirahmatiNya selalu, diberi kesihatan serta
dimurahkan rezeki yang melimpah-ruah.
TERIMA KASIH kawan-kawan semua!
kalau ada yang tertinggal, sila info ye! Benarlah teknologi mendekatkan kita semua.
beruntungnya mempunyai sahabat yang prihatain seperti itu
ردحذفtapi sebenarnya raktay malaysia ni sememang pemurah =)
saya pula hanya mampu memberikan kata-kata semangat
nanti saya akan cuba ikhtiarkan menulis di blog saya pula
mungkin itu sahaja cara yang boleh saya lakukan
saya nak minta izin gunakan foto dan petikan di dalam blog ni
apapun saya doakan moga adik izz kembali sihat. amin
@Yana Yani Alhamdulillah kerana Tuhan memberi rezeki kami dalam bentuk sahabat. Yang penting doa-doa semua demi kesembuhan adik Izz, namun semuanya memberi lebih kepada kami. Tak terbalas sebenarnya jasa semua pihak. Semoga Allah memberkati semuanya!
ردحذفTerima kasih YY. Tak mengapa, untuk kebaikan guna sahaja..
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!