TAK BERBALOI PERGI KARNIVAL UPIN IPIN 2014

Rata-rata yang aku lihat samada melalui status facebook rakan-rakan dan blog-blog yang aku baca, semuanya bagaikan BENGANG dengan BENGANG yang teramat-amat BENGANG dengan penganjuran Karnival Upin Ipin 2014 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kali ini. Ada yang marahkan penganjur, ada yang marahkan PICC, ada yang marahkan polis trafik dan ada juga yang marahkan pengunjung itu sendiri. 

Aku dan anak-anak pergi ke karnival berkenaan pada hari Ahad iaitu hari terakhir penganjuran. So, aku tidaklah berapa tahu berkenaan apa yang berlaku pada hari Jumaat dan Sabtu sebelumnya. Ok? Aku cuma cerita apa yang berlaku semasa aku dan anak-anak disana sebabnya ada jugalah apa yang aku tidak berapa gemari. Aku awal-awal lagi dah set yang aku akan bawa anak-anak aku menaiki pengangkutan awam percuma yang disediakan khas untuk ke karnival berkenaan. 

Penat ke Karnival Upin & Ipin
Setakat ini je bas percuma tu hantar. Nampak dekat ke atas, padahal jauh

Pada aku lokasi sebenarnya tidak sesuai untuk karnival sebegini kerana PICC cuma mampu memuatkan berapa ribu orang sangatlah, kan? Yang datang ke karnival pula berpuluh-puluh ribu orang. (GAGAL)

Penat mendaki ke Karnival Upin & Ipin
Awal pagi dah jem di pintu masuk. Tu belum kira jempkat parking macamana

PICC tu pula atas bukit, bas percuma pula hantar setakat 'guard housedekat pintu masuk tu. Aku dengan anak-anak terpaksa mendaki bukit tu meredah rumput-rumput untuk shortcut punya pasal. Bayangkan kalau aku dan anak-anak tergolek ke bawah? Mujurlah aku tak bawa orang tua aku. Kalau tidak lagi bermasalah sebabnya along Izz dan angah Izz pon awal-awal dah cakap "along penatlah papa, angah penatlah papa". (GAGAL

Penatnya mendaki ke PICC
Memang tiada seri gembira langsung kat muka diorang. Mendaki tu beb.

Masuk melalui parking area dengan berpeluh-peluhnya, tengok pulak lif area dengan penuhnya manusia. Aduhai, naiklah tangga aku dan anak-anak. (GAGAL)

Lobi PICC
Ini pagi ni jam 10am. Lobi luas ni boleh bukak booth jualan.

Sampai C level, dah macam sarang semut pula punyalah ramai orang. Bersesaklah juga nak masuk ke Dewan Perdana tu, dengan pintu 2 daun yang kecikkeluar dan masuk pun gunakan laluan yang sama. (GAGAL

Booth Puteri di Karnival Upin & Ipin
Nih antara booth kat dalam dewan tu. Sempat snap kejap sebab sakit bahu

Aduhai! Dalam dewan pula yang tidaklah besar mana pun nak support ribuan orang ni, adalah pula booth-booth kecil di tengah-tengah. Mengganggu betullah. Kenapa gerai-gerai jualan itu tidak dibuat di lobi je? (GAGAL)

Cerita sepanjang aku dan along Izz dan angah Izz dalam dewan itu, bolehlah baca DISINISelesai show tujuan utama aku dan anak-anak datang ke karnival iaitu ULTRAMAN, nak keluar pula bermasalah. Iyelah, guna daun pintu yang sama. Yang ingin keluar beribu, yang ingin masuk beribu. (GAGAL)

Perbaiki kelemahan pada karnival akan datang
Nak keluar pintu besar ni? masauk pun pintu besar ni? What the?

Aku dan anak-anak dah habis daya gunakan ilmu kecilkan badan pun susah nak lepas juga. Aduhai! Mujur tiada yang pengsan. Dewan berhawa dingin, tetapi peluh macam lepas berjoging. 

Berhimpit-himpit hendak keluar dewan
Kan dah bertembung? Camana nak buat ni? Aku dah asyik kene raba je ni. Anak-anak asyik "panas papa"

Nak balik pun kene ikut tangga juga, nasib baiklah turun bukit je nak ke 'guard house' tempat tunggu bas tu. Masa balik tu takdelah pula anak-anak sebut penat. Aku pulak yang merungut penat. Hahahaha.. 

Itu apa yang aku lalui semasa aku di karnival berkenaan. Aku tidak dapatlah bayangkan kalau warga emas yang datang, ibu-ibu mengandung ke, baby-baby lagi, mana yang berjalan sejauh 1 km tu, bagaimanalah perasaan mereka. No wonder lah ramai yang merungut sebenarnya sebab aku pon terasa BENGANGnya. KihKihKih

Sekian!


2 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. غير معرفنوفمبر 25, 2014

    huhu...memang kekawan opis pun kata gitu....
    xde mende pun kata deme...deme gi ari jumaat..waktu rehat tengahari...opis pun dekat jer....sempat le...
    balik jer deme kate buat penat badan jer...
    betui le tempat tu x sesuai kot....

    ردحذف
  2. @Anonymous Itulah. Upin Ipin? Satu Malaysia peminat. Patut dah boleh jangka pengunjung akan ramai. Pulak tu event masa cuti sekolah. Memang PICC tak sesuai dengan event besar cmni. Stadium barulah sesuai macam Jom Heboh TV3 tu..

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم