Sabarlah wahai adik Izz, bukan mudah menjadi adik Izz sekarang ni. |
Rasanya sudah seminggu adik Izz dilanda batuk-batuk dan selsema.
Berkahak-kahak sudah dibuang, berhingus-hingus pun sudah dibuang
tetapi adik Izz masih lagi batuk dan selsema.
'Suction' sudah, 'Sterimar' sudah, 'Neb' sudah, namun...
Entahlah, mungkin musim rasanya.
Namun jika adik Izz yang tidak sihat,
aku khuatir ia akan merebak dan menjangkiti ke bahagian lain
terutamanya part paling penting untuk dijaga
iaitu tiub Central Venous Line (CVL) nya.
Bila kena 'suction' hingus dan kahak, mesti adik Izz nangis. |
Alhamdulillah setiap hari 'dressing' setakat hari ini,
tiub adik Izz masih ok dan tidak menunjukkan tanda-tanda jangkitan.
Cuma sekarang ini, adik Izz suspect ada jangkitan dibahagian telinganya.
Sudah macam kes angah Izz yang dahulu pula
bilamana angah Izz batuk selsema agak lama
dan kahak serta hingusnya terlalu banyak,
ianya akan keluar melalui telinganya pula.
Lama jugalah kena ulang alik hospital buat susulan.
Aku harap tidaklah berlaku perkara sedemikian kepada adik Izz.
Apa-apa pun kena tunggu pakar ENT (Ear Nose and Throat)
datang buat checkup pada adik Izz.
Mudah-mudahan bukan serius.
Inshaa Allah.
HARI KE 411
adik Izz..semoga kau tabah dan kuat utk menerima dugaan2 ini... semoga ada jalan untuk kamu sembuh...mama mila x sggup melihat wajahmu sayang...
ReplyDelete@Mila Hilas
ReplyDeleteRisau kami bila melarat2 ni..
Assalam,
ReplyDeletemoga Allah memberikan kesembuhan kepada izz
AMIN
moga adik cepat sembub...
ReplyDeletesalam..semoga cepat baik ye adik..buat keluarga, semoga dpermudahkan segala urusan,,
ReplyDeletesuction tu hak yag masuk tiup tu ke papa izz?
ReplyDeleteaisyah anak saya penah kena juga masa pneumonia dulu
tak selesa benda tu, tu dia menangis
kesian dia. bertahan ye sayang
@ArY ShA=AmZaRFaYyAdH
ReplyDeleteAaminnnn.. mudah2an dimakbulkan doa puan. Inshaa Allah
@amalina
ReplyDeleteAaminnn ya Allah aaminnn
@CikSiti
ReplyDeleteinshaa Allah.. terima kasih
@Yana Yani
ReplyDeleteSuction tu kadang2 sampai keluar darah tu. memang banyak disedutnya, tapirasanya sakit kot? sebabnya kita yang tengok pun rasa macam sakit.
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!