Assalammualaikum . . .
Hari ini agak sibuk sedikit whatsapp aku,
facebook aku dan page adik Izz.
Mana tidaknya, ramai rakan-rakan yang post, tagged dan comment
berkaitan adik Izz. Kenapa?
Hari ini surat kabar Harian Metro ada artikel berkenaan adik Izz.
Muka hadapan lagi. Memang dalam minggu lepas
wakil dari Harian Metro ada datang ke wad untuk temuramah mama Izz
itupun selepas mendapat kebenaran dari pihak Institut Pediatrik.
Mulanya aku fikir, artikel berkaitan adik Izz hanya ruangan kecil
dalam surat kabar berkenaan. Namun aku tidak menyangka
yang adik Izz akan dapat liputan di muka hadapan.
Terima kasih aku ucapkan kepada semua pihak.
Aku serta keluarga amatlah mengharapkan doa-doa
daripada semua agar adik Izz sembuh akhirnya.
Tidak sangka apabila adik Izz didoakan di seluruh Malaysia.
Terharu aku rasa. Pilu juga ada apabila melihat mama Izz
sedang memeluk adik Izz.
Dengan harapan yang BESAR,
semoga doa-doa seluruh rakyat Malaysia diterimaNya
dan adik Izz Inshaa Allah akan sembuh hendakNya.
Aminnn . . .
Semoga tangan semua yang menadah mendoakan adik Izz,
diberi balasan yang baik daripada Ilahi.
Besarnya jasa yang diberikan dengan doa semua,
Besarlah terhutangnya kami dengan budi semua.
Kami hanya manpu mendoakan agar
semuanya dilimpahi rahmat dan kesejahteraan sentiasa.
TERIMA KASIH
adik Izz di : Nukilan Kenit , Yana Yani , Bin Muhammad , Tunsha Ayunie , Khir Khalid , Hasrul Hassan , Prince of Noob , Suria Lekatlekit , Mama Niza , Mar Mansor , Aku Penghibur , Mrs. Secretary , Aida Hanafiah , MYNEWSHUB.CC , astroawani , otakkambingrebus , nalurirakyat , terengganutimes , Fifi Nadhrah , hmetro ,
Harian Metro (muka depan) dan (muka 4) 22 Disember 2014
Harian Metro (muka depan) dan (muka 4) 22 Disember 2014
kami tetap menyokong..semoga keajaiban akan hadir
ردحذف@Mar Mansor
ردحذفAminnn... terima kasihlah kerana kalian banyak beri sokongan dan dorongan kepada kami sekeluarga..
saya terlepas membaca ni di akhbar
ردحذفtapi ramai kawan-kawan yang bercerita
moga terus bertahan adik izz ye
ramai dah doakan adik izz ni
acik yana takat ni pun boleh doa dari jauh
kepingin nak berjumpa
insya ALLAH panjang umur awal tahun depan saya ada appointment di HKL
mungkin dapat jumpa
@Yana Yani
ردحذفinshaa Allah. Ada rezeki dapat nanti bersua dengan adik Izz.
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!