Semalam Dato' ada datang ke wad.
Cuti-cuti pun Dato' masih datang.
Quite workaholic Dato' ini menurut staf-staf disana.
Sambil-sambil Dato' 'touring' dalam wad itu,
singgahlah sebentar di katil adik Izz iaitu katil 06.
Kadang-kadang ternampak juga adik Izz bagaikan termenung. Walau ada along Izz dan angah Izz, ade beberapa ketika adik Izz macam terdiam seketika. emmm! |
Bertanyalah juga Dato' kepada mama Izz berkenaan dengan 'Plan 2015'
untuk adik Izz itu samada SETUJU atau TIDAK BERSETUJU?
Senyum sahaja Dato' apabila mama Izz menyatakan
yang dia BERSETUJU dengan 'plan 2015' berkenaan.
Kami sudah fikirkannya.
Andai kami TIDAK BERSETUJU,
adik Izz akan berada seperti dengan keadaannya sekarang ini.
Menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) selama 16 jam sehari setiap hari.
Apabila OFF Nutrisi Parenteral (TPN), adik Izz akan alami gejala Hypo.
Hypo bagi kanak-kanak sebaya adik Izz
akan menyebabkan kesan sampingan kepada otaknya.
Bersetujunya kami dengan plan Dato'
dengan harapan ada sinar untuk adik Izz sembuh.
Iyalah, kalau tidak mencuba, manakan kita akan tahu bukan?
Walaupun adik Izz akan jadi yang pertama menjalani pembedahan sedemikian,
kami percaya Dato' sudah memikirkan segala-galanya.
Bila mama Izz bertanya kepada Dato' tentang risiko pembedahan,
Dato' cuma membalas,
"semua pembedahan ada risikonya, perlu dibius dan sebagainya.
Cuma pembedahan kedua itu dikhuatiri usus adik akan bocor, itu sahaja".
Allahuakbar...
Kami letakkan kepercayaan kepada Dato'
dengan harapan ini adalah keputusan terbaik dari kami.
Selainnya, itu terpulang kepada Allah untuk menjayakannya.
Kita berusaha dan merancang, Allah jua yang menentukannya.
Teruskan bersama-sama kami
mendoakan kesembuhan dan keselamatan adik Izz.
Pembedahan dijangkan akan dijalankan pada
JANUARI 2015, Inshaa Allah.
kami sentiasa doakan yg terbaik dan segalanya berjalan dgn lancar,
ReplyDeletesemoga Allah permudahkan segalanya...
@MommyIZZ5Aaminnnn...Inshaa Allah...
ReplyDeleteTERIMA KASIH
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!