PERTAMA KALI MENGEMBANGKAN USUS

Adik Izz bakal menjalani DUA pembedahan akan datang. Pembedahan PERTAMA adalah bertujuan untuk MENGEMBANGKAN usus kecil adik Izz ke saiz yang diperlukan bagi para doktor sebelum dijalankan pembedahan KEDUA. Menurut apa yang aku fahami, pembedahan PERTAMA akan memisahkan usus kecil daripada usus besar buat sementara dan usus kecil berkenaan akan disambungkan menggunakan tiub yang akan dikeluarkan melalui perut, manakalah pada bahagian perut adik Izz pula akan dipasang satu lagi tiub untuk tujuan memberi makanan/ minuman/ susu SEKIRANYA apa yang diberikan melalui MULUT adik Izz tidak mencukupi. Ok? Faham setakat itu? Aku pun faham tak faham juga ni.

Institut Pediatrik HKL
Adik Izz sekarang bila ditanya "adik nak balik?", menggeleng2 kepala je dia tanda xmo balik

Usus kecil adik Izz yang telah disambungkan dengan tiub itu akan ditutup sementara (lebih kurang 4 jam) apabila makanan/ minuman/ susu diberi kepada adik Izz. SEANDAINYA adik Izz muntah, pemberian makanan/ minuman/ susu harus dihentikan buat sementara. Dalam tempoh lebih kurang 4 jam berkenaan, segala makanan/ minuman/ susu akan berkumpul pada bahagian usus kecil adik Izz dan memberi peluang untuk usus berkenaan bekerja (buat masa sekarang, segala makanan/ minuman/ susu yang diberi hanya melalui sahaja usus berkenaan dan terus ke usus besar. Mengalir seperti air paip). 

Tujuan memberi tempoh kepada usus kecil adik Izz bekerja adalah untuk MENGEMBANGKAN usus berkenaan. 
Saiz untuk usus berkenaan kembang sehingga tahap berapa, aku tidak pula diberitahu. 

Apabila ditanya apakah pernah dijalankan pembedahan seperti ini sebelum ini, pakar hanya menjawab "tidak, ini yang pertama". Usus kecil adik Izz kini tinggal 8cm dan doktor seboleh-bolehnya tidak mahu adik Izz menggunakan Nutrisi Parenteral (TPN) itu SETIAP HARI (walaupun doktor sudah beritahu yang adik Izz akan menggunakan TPN sepanjang hayatnya) kerana penggunaannya untuk jangkamasa panjang yang berterusan boleh menyebabkan kesan sampingan kepada hati adik Izz. 

Terumo Infusion Pump
Infusion Pump bagi Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz. Bacaan akan disetting mengikut jumlah jam

Plan UTAMA pakar adalah untuk memberikan adik Izz Nutrisi Parenteral (TPN) sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali sahaja seminggu. Untuk itu, pembedahan bertujuan MENGEMBANGKAN USUS ini akan dijalankan. 


Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya. Aminnn . . . 



Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم