Hari INI sudah lebih 1 TAHUN 26 HARI
adik Izz sakit yang aku anggap sebagai PEJUANG KECIL.
Ramai yang datang ke Wad KK4 Institut Pediatrik HKL
tetapi tertarik untuk melihat adik Izz
dan bertanya mengapa adik Izz di wad
kerana adik Izz kelihatan sihat kerana keadaan adik Izz yang 'chubby' itu.
Namun apabila diberitahu mengenai penyakit adik Izz
dan sudah berapa lama adik Izz ditahan di wad,
masing-masing bagaikan terkejut.
Pipi adik Izz sedikit lebam kesan terhantuk besi pengadang 'Baby Cot' |
Kalau mengikut perkiraan kasar aku,
adik Izz sempat untuk ber 'Home TPN Programme'
iaitu pemberian Nutrisi Parenteral (TPN) di rumah
selama lebih kurang 59 HARI.
Dan yang paling lama adik Izz dapat bertahan di rumah
untuk program berkenaan adalah selama 38 HARI
iaitu semasa bulan RAMADHAN yang lalu.
Selebihnya sebagaimana yang semua tahu adalah di WAD.
Sebenarnya sudah 2 HARI adik Izz demam panas
pada waktu malam sehinggakan adik Izz memerlukan 'Sub PCM'
iaitu diberi ubat melalui bontot.
Jika dilihat dari luaran iaitu pada tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz,
tidak pun menunjukkan tanda-tanda adanya jangkitan,
namun sebagai langkah tambahan, kelmarin doktor melakukan ujian darah
pada adik Izz untuk mengetahui punca adik Izz demam.
Iye lah, sudah 2 HARI demam dan diberi ubat bontot
namun adik Izz tetap juga demam berulang-ulang.
Demamnya pula adalah sepanjang pemberian Nutrisi Parenteral (TPN).
Apabila Nutrisi Parenteral (TPN) di Off-kan, tidaklah pula adik Izz demam.
Rasanya jika keputusan ujian darah menunjukkan adanya jangkitan
pada tiub Central Venous Line (CVL) adik Izz,
doktor akan berikan 'Ethanol Lock'
(sejenis ubat yang diberikan melalui tiub CVL yang akan mencuci
dan membunuh kuman didalam tiub itu. Itu apa yang aku fahami lah).
Kawasan sekitar tiub Central Venous Line (CVL) perlu kering. Bila adik Izz On Nutrisi Parenteral (TPN), badannya hanya dilap dengan kain/ tisu basah. |
Bila adik Izz demam, mama Izz terpaksalah nampaknya tidur sekali
dalam 'Baby Cot' kerana khuatir adik Izz akan menggigil / kejang
kerana kali terakhir adik Izz demam,
panasnya sampai ke tahap adik Izz 'tarik' dan pucat lesi.
Aku harap, demam adik Izz hanyalah demam biasa.
Janganlah sampai ke tahap tiub CVL berkenaan harus ditukar.
Andai perlu ditukar, maknanya adik Izz perlu melalui sesi pembedahan lagi.
Belum tentu mama Izz akan bertahan kali ini
andainya adik Izz perlu dibedah lagi.
Sama-samalah kita BERDOA!
Andai ada rakan-rakan yang ingin melawat adik Izz, bolehlah datang ke :
Wad KK4 (Katil No. 6)
Institut Pediatrik
Hospital Kuala Lumpur.
Waktu melawat pula adalah :
ISNIN - JUMAAT (12:30pm - 2:00pm dan 4:30pm - 7:30pm),
SABTU, AHAD dan CUTI UMUM (12:30pm - 7:30pm)
Mudah2an demam2 biasa sahaja.. semoga segalanya berjalan lancar dan baik... aamiin ya Rabbal alaamiin.
ReplyDeletesemoga dipermudahkan... semoga adik izz cepat sembuh.. dan boleh berkawan dgn harris.. dorang sebaya... =)
ReplyDeleteAmin amin amin. Semoga disembuhkan. Ya Allah, menangis bila baca satu per satu entry pasal adik izz. Mama n papa izz sgt tabah n sgt positif. Semoga Allah permudahkan. Sesungguhnya Allah sayang adik izz..
ReplyDeleteAllahhuakbar. Sebagai ibu, saya sangat tersentuh dengan kisah ini. Semoga encik, isteri dan keluarga akan terus kuat untuk menghadapi semuanya. Dan miga Allah mudahkan Izz untuk terus melawan penyakitnya. Insya allah.
ReplyDeleteAssalamualaikum..saya dapat tahu kisah Adik Izz ni dari Kak YY melalui blog beliau "diari seorang mama" dan Acik (Aku Penghibur)..Bila melihatkan senyuman adik Izz, mesti orang lain tak akan tahu penderitaan Adik Izz..saya doakan moga Adik Izz akan sembuh daripada penyakitnya. Sesungguhnya Allah tidak akan memberati ujian kepada hamba-Nya melebihi kemampuan hamba itu sendiri. InshaAllah ada kesempatan, saya teringin nak melawat Adik Izz.
ReplyDelete@Khir Khalid Alhamdulillah, adik Izz hanya demam biasa kerana keputusan ujian darah petang semalam tidak menunjukkan tanda2 jangkitan pada tiub CVL nya. Syukur!
ReplyDeleteTerima Kasih KK
@Allene ALineWorks Inshaa Allah... mudah2an berkat doa semua pihak, adik Izz makin sembuh. Aaminnn..
ReplyDeleteTerima Kasih
@silent_readerInshaa Allah. Allah berikan kami kekuatan untuk menjaga adik Izz, Allah berikan kami kesihatan untuk kuat demi adik Izz. Syukur...
ReplyDeleteTerima Kasih
@CIK NANAMudah2an. Besar harapan kami dan harapan semua untuk lihat adik Izz sembuh. Semoga Allah berikan kesembuhanNya buat adik Izz
ReplyDeleteTerima Kasih
@zahratunnurTerima kasih banyak2 kerna sedui singgah dan bersama2 mendoakan adik Izz. Kami juga amat terharu , betapa ramainya mommies and daddies yang sayangkan adik Izz
ReplyDeleteTerima Kasih
Ya Allah semoga adik izz kembali sihat seperti sediakala..Awak try bg supplement Shaklee: Mealshake + Omega. Bagus untuk sistem imunisasi anak. Hubungi saya untuk details. 012.939.4864. InsyaAllah ini sebahagian dari usaha untuk anak. Semoga awak sentiasa sabar dan di permudahkan segala urusan. Izz kuat!
ReplyDelete@Amalina Hussain Aaminnnn.. Inshaa Allah mudah2an dimakbulkan doa puan. Adik Izz boleh diberi supplemen, namun menurut dietician supplemen itu mestilah tiada vit A C dan D.
ReplyDeleteSinggah sini baca kisah adik Izz (Dari blog diari seorang mama) Saya doakan agar ada keajaiban berlaku dan adik Izz sihat. Saya tau papa Izz dan mama Izz sgt kuat...
ReplyDelete@Mimi AzirahTERIMA KASIH mimi...
ReplyDeletePost a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!