KISAH ADIK IZZ | TERIMA KASIH BLOGGERS

Assalammualaikum WBT . . .

Terbaru adik Izz. Mungkin kerana sudah terbiasa, adik Izz sudah tidak menarik tiub di dadanya itu.

Pagi-pagi lagi aku sudah ke wad untuk menjengah adik Izz. 
Cuti sekolah ini, aku ubah rutin sedikit kerana 
selalunya waktu tengahari ataupun petang 
barulah aku datang menjengah adik Izz. 
Memandangkan along Izz dan angah Izz sedang bercuti, 
mereka aku tinggalkan sahaja di rumah bersama-sama dengan atok Izz. 
Maka paginya aku akan ke wad dan petangnya 
aku akan pulang awal untuk bersama-sama along Izz serta angah Izz pula. 

Seperti biasa dari jauh lagi aku akan buat bunyi 'letup' di lidah dan 
adik Izz yang sudah fasih akan bunyi 'letup' berkenaan akan segera berpaling. 
Dengan gelak-gelaknya dan terlompat-lompatnya, 
adik Izz sangat gembira bila aku datang. 
Mungkin dia rindu kerana biasanya aku akan hanya lepak luangkan masa 
bersamanya lebih kurang sejam dua sahaja. 

Sambil-sambil mama Izz dan opah Izz lap badan adik Izz 
(tak boleh dibawa mandi kerana 
Nutrisi Parenteral (TPN) adik Izz masih belum habis), 
aku pun belek-beleklah handphone sambil meng'google
nama "Muhammad Izzsyraq Azraq" di ruangan carian. 

Printscreen 1

Ramai rupanya bloggers yang telah publish cerita 
mengenai adik Izz di blog hebat mereka. 
Aku tunjuk pada mama Izz dia cuma cakap, 
"kawan-kawan abang ke semua tu? 
Tak sangka mereka sanggup tulis tentang adik, kan?". 

Printscreen 2

Alhamdulillah. 
Pada aku bila semakin ramai yang kisahkan berkenaan adik Izz, 
sedikit sebanyak semakin ramai yang akan mendoakan kesembuhan adik Izz. 
Maklumlah sekarang ini, 
hanya doa dan keajaiban dari Tuhan sahaja yang mampu menyembuhkannya. 

Aku senaraikan link mereka berkenaan adik Izz di bawah,
andai ada yang aku tertinggal, aku minta maaf banyak-banyak
dan bolehlah maklumkan pada aku ye.


Dari segi perubatan, semua kaedah telah doktor gunakan. 
Dari awalnya Nutrisi Parenteral (TPN) 20 jam 
melalui Central Venous Line (CVL) Chateters
kurangkan kepada 16 jam Nutrisi Parenteral (TPN), 
kurangkan lagi kepada 12 jam Nutrisi Parenteral (TPN) 
apabila adik Izz ber'Home-TPN'. 

Selepas Central Venous Line (CVL) Catheters adik Izz  
kerap dijangkiti (infected) dan tercabut (dislodged), 
doktor guna pula kaedah Nutrisi Parenteral (TPN) 
melalui Chemoports (biasanya digunakan pesakit kanser untuk tujuan Kemo). 
Penggunaan Chemoports juga tidak berjaya dan adik Izz 
kembali semula kepada penggunaan Central Venous Line (CVL) Catheters

Sekarang adik Izz masih gunakan Nutrisi Parenteral (TPN) 
16 jam sehari setiap hari selepas usaha 
OFF Nutrisi Parenteral (TPN) setiap hujung minggu tidak berjaya.



 Inshaa Allah . . . 

Dan Terima kasih juga pada Abang Ben yang sudi share di timeline beliau. 

Terima kasih Yana Yani. Besar jasa anda.




9 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. saya mendoakan kesihatan adik Izzsyraq juga.. semoga cepat sembuh. bersabar lah ye..

    ReplyDelete
  2. Saya doakan yg terbaik buat adik Izz & seluruh keluarga.. semoga sentiasa tabah mengharungi ujian Allah swt.. Salam ukhwah ye.

    ReplyDelete
  3. @Amy J Aaminnn.. mudah2an dimakbulkan.. tq

    ReplyDelete
  4. @Khir Khalid wassalam. aminnnn.. Inshaa Allah mudah2an dimakbulkan Tuhan doa2 kita semua.
    Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Drop by dari blog RelaksMinda & YY. Sedih baca kisah izz. Smoga izz terus kuat utk melawan kesakitan.

    Bertabahlah dengan ujian dariNYA ini. Sama² kita doakan kesembuhan izz yg comel ni.

    ReplyDelete
  6. @Fiza Rahman Aaminnn. Mudah2an dimakbulkan doa-doa kita semua.

    TQ

    ReplyDelete
  7. Semoga adik Izz sihat dan dapat balik rumah dan jalani kehidupan spt biasa...

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post