ALONG BAWA PERUBAHAN

Assalammualaikum . . .


Apabila along Izz mula bersekolah darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) Jalan Sultan Salahuddin, banyak perubahan yang terpaksa aku lakukan demi memudahkan segala urusan harian supaya tidak terkejar-kejar masa dan waktu. 

Jadual sesi persekolahan along Izz yang turut menjadi jadual yang kami kena ikuti.

Antara perubahan yang aku buat adalah tukarkan angah Izz dari taska lamanya iaitu Taska dan Tabika Temanku di Menara PJD Jalan Pahang ke Taska Permata Timang di bangunan Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) Jalan Raja Laut. Selain itu mama Izz turut menukar waktu kerjanya daripada WP1 (7:30AM - 4:30PM) ke WP2 (8:00AM - 5:00PM). Ini berikutan dengan jadual persekolahan along Izz yang bermula seawal jam 7:00AM. 

Memandangkan along Izz sudah bersekolah, segala jadual perjalanan pergi dan pulang akan mengikut jadualnya. Ini termasuklah dengan cuti rehat kami. Bukan apa, aku sebolehnya tidak mahu mengganggu sesi persekolahan along Izz. Oleh itu baik papa Izz baik mama Izz baik angah Izz even adik Izz turut juga menuruti jadual along Izz. 

Jika dikira-kirakan, sini sudah menjadi rumah no 1 adik Izz. Alahai.

Kini along Izz dan angah Izz akan bangun lebih kurang jam 5:45AM untuk mandi dan bersiap-siap untuk keluar. Seperti biasa, aku akan keluar dari rumah seperti biasa seawal jam 6:15AM. Perkara yang tidak diubah adalah pergi terus ke Institut Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan opah Izz akan menggantikan mama Izz untuk menjaga adik Izz dan mama Izz akan pergi ke pejabat dan menguruskan hal lain-lain. 

Taska angah Izz yang apabila hendak pergi kena menaiki tangga. Hari-hari bersenam

Dari situ pula, aku akan bawa mama Izz serta along Izz dan angah Izz untuk ke sekolah pula. Selesai urusan menghantar along Izz ke sekolah, aku akan hantar mama Izz ke Stesen LRT Bandaraya dahulu untuknya menaiki tren ke pejabatnya (PWTC) dan aku terus ke pejabat (Menara TIMA). Taska Permata Timang (LPPKN) hanya bertentangan dengan bangunan pejabat aku sahaja. Sekarang semua tahu sebab musabab aku tukarkan angah Izz ke taska yang baru. Sangat-sangat menjimatkan masa dan tenaga serta minyak kereta. 

Itu baru hal pagi. Nanti aku akan update untuk sesi tengahari kemudian ya.

Inshaa Allah


4 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Assalam pap iz,
    semoga segala urusan dipermudahkan Allah AMIN

    ReplyDelete
  2. Aminnn Inshaa Allah... Terima kasih @arysha

    ReplyDelete
  3. pergh padatnya..moga awak dan family diberi kemudahan ye untuk menguruskan hal2 rumahtangga

    ReplyDelete
  4. Aminn aminn aminn Inshaa Allah..

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post