BILA PLASTER 'HYPAFIX' SUDAH TERBUKA

Assalammualaikum . . .

Adik Izz demam panas malam tadi 
memerlukannya sub-pcm (ubat bontot). 
Dan periksa suhu lagi pada pagi ini adik Izz masih lagi demam. 
Allahuakbar. Apalah pula yang menyebabkannya demam berulang-ulang ini? 

Masih kecil, belum tahu beza mana yang baik mana yang buruk.

Aku agak berasa ngeri apabila adik Izz demam 
kerana setiap kali adik Izz demam, dia akan terkejut-terkejut 
dan kadangkala dia bagaikan di'tarik' sehingga pucat kebiru-biruan. 
Demam pada adik Izz beri kemungkinan samada 
dia hanya demam biasa ataupun demam kerana jangkitan 
pada tiub Central Venous Line (CVL) nya. Yang dikhuatirkan, 
demam adik Izz kerana jangkitan pada tiub. Aku harap tidaklah begitu. 

Adik Izz akan diperiksa dari masa ke semasa 
bagi memantau keadaan kesihatannya. Dan jikakalau demamnya 
atas sebab-sebab yang biasa, Alhamdulillah. 

Malam semalam adik Izz benar-benar menakutkan mama Izz. 
Hendak dijadikan cerita, mama Izz terjaga dari tidurnya 
dan melihat adik Izz sedang menarik-narik 
tiub Central Venous Line (CVL) nya itu. Mujurlah, 
waktu itu hanya plaster 'Hypafix' nya sahaja sudah tertanggal 
dan tiubnya masih dalam kedudukan yang baik lagi. 
Tengoklah waktu 'dressing' pagi ini 
bagaimana keadaan tiub Central Venous Line (CVL) nya itu. 

Aku harap KALAUpun ada berlaku gerakan, itu hanya gerakan yang minor. 
Adik Izz semakin nakal kini. Kita selalu diacah-acahnya. 
Acahannya pula bukan acah-acah yang biasa. Acah-acah yang merbahaya. 
Mungkin kena tunggu adik Izz besar sedikit lagi 
supaya dia faham yang tiub Central Venous Line (CVL) 
bukanlah untuk dimain-main. Pernah sekali terjadi 
yang adik Izz menarik tiubnya itu. 

Beginilah tiub yang pernah dicabut adik Izz dari dadanya. 

Waktu itu hari pertama adik Izz 'discharge' 
untuk Home Nutrisi Parenteral (TPN) Programme. 
Hari pertama sudah tercabut tiub. 
Bagai menarik cacing dari tanah lah rasa-rasanya. 
Panjang tiub Central Venous Line (CVL) yang masuk melalui dada adik Izz 
ke saluran darah utama berhampiran jantung lebih kurang 
dua jengkal. Bayangkan kalau itu tercabut? 
Bak kata orang tua-tua, "simpang malaikat 44". 

Janganlah berulang lagi pengalaman yang pernah terjadi. 
Terima kasih Allah kerana dengan bantuanMu, 
mama Izz tersedar dari tidurnya semalam. 

Hari ke - 425


2 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. adik izz semakin aktif... tahniah... =)

    saya ada buat entry adik izz hari tu, kalau senang singgah la.
    http://celebrationofloveaa.blogspot.com/2014/12/pray-for-izzsyraq-azraq-short-bowel.html

    Jom cuci mata di blog saya "untuk modern mom"

    ردحذف
  2. @Allene ALineWorksthanx atas entri yg puan terbitkan. saya sudah singgah dan baca. TQ very much

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم