OPTIMUS PRIME PERGI SEKOLAH

Assalammualaikum . . . 


Hari ini along Izz bersekolah dengan berkasut. Berbeza dengan semalam apabila along Izz bersekolah dengan berselipar (SINI). Yang menjadi lawaknya, kenapa mama Izz menyarungkan along Izz stokin walaupun dia hanya berselipar? Aduhai. Pada waktu tengaharinya aku buka stokin along Izz dan biarkannya berselipar begitu sahaja. Hendak tergelak pun ada. Mujurlah boleh dimaafkan lagi kerana along Izz baru Tahun 1 dan sesi persekolahan pula baru 6 hari.

Transformers lori, transformers lori. Agak-agak dia bosan, aku juga yang disuruhnya tukarkan kepada robot mode

Dan pagi ini pula, along Izz bersekolah dengan toys pula. Sudah dipesan jangan bawa mainan ke sekolah, namun along Izz berkeras juga untuk membawanya. Sebelum-sebelum ini memang along Izz akan bawa mainan dari rumah, tetapi apabila sampai disekolah dia akan tinggalkannya di dalam kereta sahaja. Sudah kenapa pula hari ini dia berkeras sangat hendak bawa mainannya? Aku beri keizinan dengan syarat letak mainan itu di dalam beg. 

Sudah simpan dalam beg. Rasanya mahu break jam 10AM nanti dia kan keluarkan juga. Aduhai

Mama Izz macam biasa akan mencebiklah mukanya geramkan along Izz yang masih berperangai keanak-anakkan itu. Janganlah pula along Izz bawa keluar semasa sesi pembelajaran dijalankan. Mahu terkejut cikgu nanti tetiba ada pelajar keluarkan mainan apabila disuruh keluarkan buku. Along Izz memang addicted sedikit dengan mainan yang dia suka sangat. Dia akan usung kemana-mana mainan tersebut. Jika dia sudah tidak berminat, memang mainan berkenaan akan ditinggalkan di dalam raga di rumah sahaja.

Sesi persekolahan pagi along Izz masih belum bermula sesi pembelajarannya. Masih mood suaikenal dan membiasakan pelajar dengan jadual. Lagi pula buku teks pun masih belum diterima. Jadual kelas pun belum diterima juga. 

Papa layankan anak, papa juga yang kena marah dengan mama. 


Adeh!!!



Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post