Semalam merupakan hari lahir angah Izz yang ke 4 tahun. Seperti biasa, masa itu berlalu agak pantas. Merasakan yang bagaikan dia baru sahaja lahir ke dunia ini, tidak sangka sudah 4 tahun berlalu dan dia sudah pun petah berkata-kata. Kata-katanya mengalahkan orang tua-tua. Siapa yang tidak mengenalinya, mungkin akan sentap jika kena 'sound' dengannya. Menggunakan tangan kiri untuk setiap perkara yang dilakukan, dia teguh dengan apa yang dia mahukan.
Bertambah lagi penyeri keluarga kami 2011 |
Walaupun agak nakal berbanding dengan along Izz ketika seusianya, namun dia tetap mendengar kata. Teringat saat-saat kelahirannya 4 tahun dahulu. Berbanding dengan menyambut kelahiran along Izz (KLIK SINI), kelahiran angah Izz sedikit sukar hinggakan mama Izz serik untuk mengandung lagi. Jika along Izz ambil masa 15 jam sejak dari tanda-tanda kelahiran, angah Izz pula ambil masa 16 jam sejak dari mama Izz pecah air ketuban pada usia kandungan 38 minggu.
Waktu kecil irasnya memang seakan-akan along Izz |
Sekitar 8:00PM mama Izz sedang menyapu sampah di dalam rumah dengan tidak semena-menanya 'banjir' berlaku. Dengan gerakan pantas, bersiap-siap dan terus gerak ke Hospital Sungai Buloh. Dipendekkan cerita, sepanjang malam itu mama Izz kesakitan namun angah Izz tetap tidak mahu keluar lagi.
Angah Izz 2012 sudah mula berjalan dan nakalnya makin ketara. |
Aku berulang-ulang kali ke kaunter bertanya dengan jururawat bertugas kalau-kalau mama Izz sudah bersalin. Namun setiap kali itulah jawapan sama diberi "isteri encik masih belum bersalin". Risau jugalah kerana air ketuban sudah pecah agak lama tetapi bayi masih belum dilahirkan. Selepas 16 jam aku menunggu berguling-guling di dewan bersalin itu, akhirnya angah Izz dilahirkan tepat jam 12:27PM.
Gayanya sekitar 2013 |
Tetapi doktor mengatakan ada masalah berlaku iaitu urinya pula tertinggal (tidak keluar). Doktor minta izin untuk melakukan operation bagi mengeluarkan uri yang tertinggal. Aku tengok dibawah katil mama Izz penuh dengan darah. Aku hanya setuju sahaja tanpa fikir banyak. Tidak lama kemudian, doktor pakar datang dan memberitahu uri boleh dikeluarkan tanpa pembedahan. Namun, ia agak sedikit sakit katanya. Itu pun aku hanya menurut sahaja. Aku disuruh keluar sementara doktor pakar melakukan kerjanya.
Tidak seperti along Izz yang memilih dalam bab makan, angah Izz hanya tolak batu kayu sahaja |
Alhamdulillah tidak lama kemudian aku dibenarkan masuk dan uri berjaya dikeluarkan. Perkataan pertama yang keluar dari mulut mama Izz adalah, "Nih last bang. Sayang serik mengandung dah". Menurut mama Izz, mereka mengeluarkan uri menggunakan vakum. Hancur uri berkenaan. Sakit sangat katanya. Memang masa basuh uri berkenaan, hancur sehancur-hancurnya bagaikan otak yang terburai. Letak dalam freezer pun beku uri berkenaan berbeza dengan uri along Izz yang sempurna dulu. Tidak beku pun bila diletakkan dalam freezer.
2014, angah Izz ditempatkan di taska sejak berusia 3 bulan lagi |
Aku cuma angkat angah Izz dan mengazankannya. 1 malam jugalah mama Izz ditahan di wad, dan keesokannya bila mama Izz discaj aku terus hantar ke kampungnya untuk berpantang. Nampak di wajah mama Izz yang dia masih menahan kesakitan. Aku tidak tahu untuk gambarkan kesakitan berkenaan kerana setiap kali aku bertanya pengalaman berkenaan kepada mama Izz, dia hanya menggetap gigi sahaja.
Nama : MUHAMMAD IZZAARIF QHALIF
(Kekuatan dan Kebijaksanaan Seorang Khalifah yang Terpuji)
Tarikh Lahir : 13 JANUARI 2011
Tempat Lahir : HOSPITAL SUNGAI BULOH
Hari Lahir : KHAMIS
Waktu Lahir : 12.27 TENGAHARI
Berat : 2.37 KG
SELAMAT HARI LAHIR ANGAH.
nice post!
ReplyDelete@cik muntel Nice comment. Hahaha
ReplyDeleteselamat hari lahir angah Izz.. semoga membesar menjadi anak yg soleh
ReplyDelete@Mila Hilas mudah-mudahan..
ReplyDeletebaca entri ni pun rasa sakitnya.. macam mana agaknya mama Izz melaluinya.. saya pengalaman pertama tak sakit lama.so, tak dapat bayang orang tahan sakit berbelas jam ni.. sebab sakit sekejab dalam sejam pun sakit sangat dah
ReplyDeleteselamat hari ulang tahun angah izz..semoga membesar menjadi anak yang soleh
ReplyDeleteSelamat hari lahir Angah..
ReplyDeleteMuka cheeky sungguh hehe
Post a Comment
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!