KACANG PEDAS BUAT MAMA TERNGANGA

Assalammualaikum . . .

Menganga mama Izz dan opah Izz apabila along Izz mengatakan yang dia hendak makan kacang pedas. "Mama, along nak makan yang kacang pedas tu, boleh? Ala, boleh lah!". Masing-masing tertanya-tanya apa itu kacang pedas. Aku hanya tersenyum melihat gelagat mereka. Berkali-kali along Izz katakan, namun mereka berkali-kali menggaru kepala tanda tidak faham apa yang diingini along Izz. 

Apa yang aku lihat, along Izz jenis suka sesuatu itu bermusim. Sebagai contoh apam balik dimana along Izz memanggilnya jagung kacang. Bila dia suka makan, seminggu sekurang-kurangnya 3 kali seminggu dia akan memintanya dan aku hanya akan belikan sahaja untuknya. 

Begitulah juga untuk makanan atau minuman yang lain-lain. Jika dia sudah sukakannya, memang itu yang akan dicarinya. Apa yang bermusim pada along Izz yang aku ingat adalah putu mayam, meggi goreng, jagung rebus, apam balik tak potong (apam balik kecil dan rangup), kuih lapis, bengkang, air jagung dan sebagainya. 

Jika along Izz suka, dalam sebulan dua dia akan minta dibelikan yang sama je. Kadang-kadang naik muntah aku tengok asyik belikan yang sama je. Tapi ye lah, dah dia suka nak buat macam mana kan? 

Dan yang terbaru, along Izz akan minta untuk dibelikan kacang pedas. Setiap kali pasar malam Putrajaya memang aku akan belikan. Situ sudah 2 kali. Dan jika bukan hari adanya pasar malam, aku akan bawanya ke Uniten untuk membelinya. 

Masih tidak faham kah apa itu kacang pedas? Macam opah Izz dan mama Izz lah korang ni. Oklah, tengok gambar di bawah ini.

Di pasar malam Putrajaya. Seminggu 2 kali kena beli

Di Uniten, juga 2 kali seminggu ke sini
Along Izz hanya akan pesan yang original dan 2 bekas hanya untuknya sahaja.


5 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. hahaha..auntie pun mula2 tak paham apa yang along izz nie nak..apam balik = jagung kacang, sengkuang = kacang pedas..letak name sendiri based on inti jer ek..hehe

    ReplyDelete
  2. `Kisah kelakar kacang pedas' along yang tembam bam bam, ha ha ha....

    ReplyDelete
  3. Bila along cakap kat mama yang along nak beli kacang pedas, memang menganga pun mamanya.. berkali2 ulang tanya, apa kacang pedas tu. Bila tengok mama dah macam blurrr2 emo, barulah beritahu yang kacang pedas itu adalah sengkuang calit!

    Along memang bagi nama ikut apa yang dia nampak atau suka. Kadang2 kitalah yang kena mikir ape benda yang dia nak.

    Hahahahah

    ReplyDelete
  4. Assalam papa izz,
    laaaaaaaaaaaaaaaaa
    along izz ni buat suspen sajork
    iols pun sooooooookaaaaaaaaaaaa itu kacang pedas he3

    ReplyDelete
  5. sedap memang sedap, tapi bila gelaran yang diberi along tu yang buatkan pening mikir

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post