Assalammualaikum . . .
Rasa tidak adil pula rasanya apabila tidak bercerita tentang angah Izz. Nakalnya ada, mengada-ngadanya juga ada namun masih dalam keadaan terkawal. Lagi pula masanya seharian memang dihabiskan di taska sahaja. Pagi hantar dan petangnya jemput.
Berbeza dengan along Izz, paginya dihantar, tengaharinya pula di jenguk dan barulah petangnya dijemput. Adik Izz pula, jika lapang selalunya selepas jenguk along Izz di sekolah pada waktu tengahari aku akan terus ke hospital berjumpanya. Paling tidak pun aku singgah petang hari masa hantar mama Izz bertukar 'syif' dengan opah Izz.
Selalunya angah Izz masih lagi tidur bila mama Izz hantar along Izz ke sekolah. Apabila dah sampai ke pejabat aku barulah angah Izz akan bangun. Itupun dalam keadaan mamai betapa lenanya dia tidur.
Dalam kereta angah Izz akan berbaring di belakang. Tempat duduk depan memang sudah di cop along Izz. Tiada siapa boleh ambil tempatnya. |
Maklumlah bangunnya seawal 5.40AM dan gerak ke Kuala Lumpur selewat-lewatnya 6.15AM. Hal angah Izz di taska juga aku jarang-jarang bertanya kepada cikgunya. Jam 4.15PM aku jemput dia, hanyalah sekadar menjemput. Malas nak bertanya apa-apa berkaitan angah Izz sepanjang di taska berkenaan.
Jika mama Izz yang menjemputnya, mungkin cikgu habis air liur hendak menjawab pertanyaan mama Izz. Asalkan dia sihat dan boleh menyesuaikan diri, itu sudah mencukupi. Lagipun angah Izz lebih petah berkata-kata. Jika ada apa-apa jadi taska, angah Izz akan bercerita A to Z.
Bila dikenangkan, sudah besar anak-anak lelaki aku ini.
Muhd. Izzdanish farish @ along Izz (7 tahun)
Muhd. Izzaarif Qhalif @ angah Izz (4 tahun)
Muhd. Izzsyraq Azraq @ adik Izz (2 tahun)
Alhamdulillah . . .
Assalam papa izz,
ردحذفhe3
uols ni kan
mama izz jugak yang kena bertanya yer :P
mama Izz caring fully sikit bab2 ini. Papa caring mudah je. hahaha
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!