Assalammualaikum . . .
"akit, akit, akit", kata adik Izz apabila mama Izz tersentuh di tempat sekitar kawasan bengkaknya. Luluh hati mama Izz kerana nampak benar yang adik Izz sedang sakit. Allahuakbar. Kasihanilah dia.
Bila lihat wajahnya yang ceria, airmata lagi laju mengalirnya. Betapa adik Izz yang masih kecil melalui BANYAK dugaan. |
Jika dahulu, adik Izz hanya menangis dan meraung sahaja tanda dia dalam kesakitan. Namun kini apabila adik Izz sudah mulai bercakap, sedihnya sangat hati ini. Benar-benar dia dalam kesakitan. Riak wajahnya juga menandakan dia sedang sakit.
Esok Inshaa Allah adik Izz akan menjalani 3 pembedahan serentak. Tetapi pakar cuba untuk perbetulkan atau baiki dahulu tiub Central Venous Line (CVL) yang bocor berkenaan. Rasanya infection sudah teruk kerana apabila ditekan-tekan sekitar bengkak berkenaan, nanah akan keluar. Apabila dibiarkan, habis basah Gauze yang menutupi tiub berkenaan.
Jika ditakdirkanNya, pembedahan esok melibatkan Laparotomy (belah perut, cek usus, ukur usus dan sebagainya), Gastrostomy (tiub makan di perut) dan re-insertion new CVL (perlu untuk pemberian Nutrisi Parenteral (CVL)). Betapa risau dan gusarnya hati ini hanya Allah yang tahu.
Harap-harap semuanya selamat esok dan berjalan dengan lancar. Semoga Tuhan melindungi adik Izz dan memberikan adik Izz kesembuhan.
Inshaa Allah
Bedah lagi? Aduh. Saya dgr perkataan bedah pun dah rasa sakit. Apatah lagi nak tanggung.
ردحذفMoga semuanya selamat. Amin.
Yup En. HH. Saya pun rasa tak sanggup bila dengar adik akan dibedah. Cuma berharap biarlah dia selamat dan pembedahan ini lancar. Pembedahan yang perlu dilakukan. Bak kata pakar, "rare and medically complex"
ردحذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!