KEPULANGAN YANG DINANTI-NANTIKAN

Assalammualaikum . . .

Sekejap sahaja tahap ke'diam'an adik Izz apabila sampai dirumah. Walaupun ambil sedikit masa membiasakan diri, ditenungnya keliling keadaan di rumah, lama kelamaan adik Izz kembali seperti biasa. Habis dijelajahnya ke sekeliling rumah. 

Proses membiasakan dirinya. Meninjau keadaan sekeliling.

Alhamdulillah, along Izz dan angah Izz tidak mengacau adik Izz malahan mereka dengan baik hatinya tolong menjengukkan adik izz. Ke mana adik Izz pergi mereka akan mengikutinya. Jika adik Izz ke tempat-tempat larangan yang boleh menyebabkan jangkitan seperti ke dapur, bilik air dan bilik-bilik lain, along Izz serta angah Izz akan menahan adik izz dengan mendepakan tangan mereka tanda situ adalah kawasan larangan. 

Mereka juga tidak mengacau adik Izz ataupun cuba mendukungnya kerana apabila salah seorang terlupa dengan memegang adik Izz, seorang lagi akan berkata, "jangan pegang adik, nanti adik sakit", "jangan kacau adik, nanti perut adik sakit". Beruntung adik Izz apabila mendapat jagaan yang terbaik dari abang-abangnya.

Tak lekang dengan tab nya. Inilah peneman setianya semasa di wad!

Ya Allah, Kau kekalkanlah hubungan mereka ini. Sembuhkanlah adik Izz dan lindungilah along Izz serta angah Izz. Biarkan hubungan mereka ini berkekalan hendakNya.

Nota : Ramai yang 'PM" untuk melawat adik Izz di rumah. Untuk makluman, adik Izz masih dalam tempoh bertenang dan kuarantin untuk sekurang-kurangnya 2-3 minggu. Ini bagi membiasakan dirinya disamping menguatkan dirinya mengelakkan jangkitan. 


8 تعليقات

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Alhamdulillah selamat kembali ke rumah adik Izz..

    ردحذف
    الردود
    1. Terima kasih. Seronok semuanya apabila adik Izz dapat pulang. Alhamdulillah

      حذف
  2. pandai abang2 jaga adik.

    ردحذف
    الردود
    1. Risau juga pada mulanya takut kalau-kalau mereka kacau adik. Alhamdulillah, mereka faham dengan keadaan adik mereka.

      حذف
  3. Moga adik Izz Izz x kan kena jangkitan kuman di rumah ni. Tumpang seronok juga adik dapat balik. Alhamdulillah!

    ردحذف
    الردود
    1. Alhamdulillah.. Inshaa Allah kami cuba elakkan jangkitan sehabis baik.

      حذف
    2. أزال المؤلف هذا التعليق.

      حذف
  4. Assalam papa izz,
    alhamdulillah

    ردحذف

إرسال تعليق

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم