UNTUNGNYA JIKA PANDAI BERLAKON

Assalammualaikum . . .


Jarang sekali aku bercerita tentang pekerjaan aku. Cumanya sejak beberapa minggu ini aku jadi tumpuan tetiba. Yang jadi mangsanya tentulah orang di atas aku. Kasihan orang di atas aku ini. Buka email jadi masalah. Buka blog jadi masalah. Buka mudah.com jadi masalah. Buka online surat khabar jadi masalah. Duduk sahaja jadi masalah. Tengok movie dan anime apatah lagi memang menjadi masalah terus. Alasannya aku free dan tiada kerja. Adakah aku tidak diberi kerja? atau adakah aku memang tidak buat kerja? 

Kadang-kadang bila tiba waktu aku sibuk ataupun buat-buat sibuk, takda lah pulak dia nak tengok. Hendakkan pujian? Memang tidak lah kan. At least apa yang aku buat atau siapkan dapat perhatiannya. Namun yang menjadi perhatian adalah apa yang aku buat bila tidak buat kerja. Semuanya tidak boleh. 

Susah juga jadi tumpuan ni. Dah macam ekor mata pulak kemana, buat apa, tengok apa semua diketahui. Yang menjadi masalahnya, dalam ramai-ramai kenapa sebahagian yang menjadi tumpuan? Dan kenapa sebahagian yang dikata? Yang lain itu terlalu perfect ataupun terlalu takut untuk diperkatakan? Very selective. Orang ini buat tidak mengapa. Orang itu buat tidak boleh. 


Dunia pekerjaan aku ada dateline, so within that time bolehlah aku buat apa saja asalkan bila tiba masa dateline, aku siapkan dan hantar dengan jayanya. Jika aku diperhatikan, aku juga sedang memerhatikan. Memang aku lihat hanya 'orang terpilih' sahaja yang akan menjadi mangsanya. Ada orang tidak berani ditegurnya, dan ada orang memang kena tegur sahaja. Ada juga disuruhnya orang lain tolong tegurkan orang yang lain. Lebih baik nampak sikit keadilannya, cuba tegur semua. Boleh?

Bahasanya juga agak sedikit pedas yang kadang-kadang tidak memikirkan langsung perasaan orang lain. Be profesional untuk orang lain jadi profesional juga. Jangan nak jaga kedudukan sendiri, kedudukan orang lain dianjak-anjak. Sudahlah. Sampai bilalah aku kena hadap mendalah ni? Sampai aku yang tukar? atau sendiri yang tukar? Sapa makan cili, dia yang rasa pedasnya. 

Biar sibuk tapi jangan terlalu menyibuk.

Kalau rasa nak berjoget lambak kat opis aku, datanglah masa orang tu tiada. Memang best dan happening. Cubalah! 

6 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. wah autocad.. sy sibuk tgh siapkan tender drawing.. sambil2 buat 3D max lg... kadng guna 2 pc serentak... uhuhuh kerja tak pernah habis. asal pandai manage.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kerja tak pernah habis tetapi tetap ada dateline kan? hahahah.. kalau 2 pc tu, belum tahap saya. Yang ni pun merangkak!

      Delete
  2. Dia seorang, boleh jejas semua orang. betapa hebat! penin penin

    ReplyDelete
  3. biasalah.....mesti akan ada mata2 yang tak puas hati...........dekat mana2 kerja pun sama..bertabahlah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada yang faham itu takpalah, yang tak faham tu lah yang susah sangat nak difahamkan. Asyik menjadi 'lauk' sahaja.

      Delete
  4. Assalam papa izz,
    kalo ada 'dia' sorang dalam ofis pun cukup buat fenin kan3

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post