Assalammualaikum . . .
Selera makan adik Izz agak rendah ketika ini. Kadang-kadang bila dia lihat along Izz ataupun angah Izz sedang makan sesuatu, adik Izz akan menunjukkan makanan tersebut seolah-olah dia mahukannya. Tetapi apabila diberikan kepadanya, dia akan terus palingkan mukanya. Paling tidak pun dia akan kata taknak sambil menggelengkan kepalanya. Pakar ada menyuruh untuk memberinya makan apa sahaja secara oral, tetapi adik Izz yang menolaknya. Apabila dipaksa, dia akan muntahkannya semula.
Isi kandungan 'nasi ayam' istimewa adik Izz. Berubah bergantung kepada ujian darah adik Izz. |
Hanya 'nasi ayam' istimewa sahaja yang tidak pernah ditolaknya malahan jika tidak diberi, dia akan berubah mood nya. Sengih-sengih, senyum-senyum sahaja. Dalam 'nasi ayam' adik Izz, semua yang adik Izz perlukan ada. Cukup rasa, cukup lemak, cukup zat, cukup khasiat dan mungkin padanya cukup sedap.
Berbeza dengan nasi ayam yang kita selalu makan, mungkin lebih kepada lemak sahaja. Tapi sayangnya, adik Izz hanya dapat menikmati 'nasi ayam' itu untuk 5 hari sahaja. Selebihnya 2 hari adik Izz akan berpantang daripada makan 'nasi ayam'. Memandangkan 'nasi ayam' adik Izz merupakan special order, aku sendiri yang kena ambilnya. Bukan delivery tapi pickup. Pickup time juga ditetapkan 'pengedar' iaitu hanya boleh ambil pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja.
Jururawat yang beri nama Nutrisi Parenteral ini 'NASI AYAM'. |
Sekali ambil 'nasi ayam', hanya 2 bekas yang diberikan. Banyak pantangnya 'nasi ayam' istimewa ini. Pertama apabila ambil, perlu letak dalam cooler box yang berisi ais batu. Limit masa dalam cooler box pula adalah 2 jam, dan perlu terus disimpan ke dalam peti ais. Jika tidak 'nasi ayam' adik akan hilang segala zat, segala khasiat, segala lemaknya, segala kesedapannya kerana ia akan bertukar kepada natural (means nothing or zero nutrition).
Itulah istimewanya 'nasi ayam' adik Izz.
Assalam papa izz,
ردحذفmemang unik nasi ayam adik izz :)
إرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!