Sejak beberapa hari yang lalu, setiap kali dressing tiub CVL adik Izz mesti kulitnya akan sedikit tertanggal. Kemuncaknya apabila tubing yang di atas cuff itu pula sudah nampak. Aku beri gambar tubing CVL adik Izz kepada mama Izz dan dia pun whatsapp kepada rakan jururawatnya di Wad KK4 Institut Pediatrik itu. Mungkin jururawat berkenaan tunjukkan gambar itu kepada doktor, dan doktor terus beritahu agar kami bawa adik Izz ke wad serta merta.
Apalah nasibmu wahai anak? |
Kalau diikutkan jadual rutin mingguan checkup, Jumaat akan datang adik Izz perlu datang ke wad KK4. Aku pun apa lagi, sudah doktor suruh bawa adik Izz, teruslah aku balik ambil dan bawanya ke wad KK4. Disana mama Izz tunjuk juga gambar berkenaan kepada pakar bedah. Apa kata pakar bedah? "Kita cabut line CVL itu hari ini dan STOP TPN sehingga Isnin. Nanti Isnin datang semula untuk admit ward ye".
Sah yang adik Izz infection. Bukan pada tiub CVL tetapi pada kulit berhampiran tiub CVL. Inshaa Allah adik Izz akan menjalani ujian Ultrasound dan akan admit ward. Memandangkan adik Izz tidak boleh tanpa TPN, nampaknya adik Izz terpaksalah menjalani pembedahan lagi untuk pasang new line CVL. Sedih memanglah sedih, tapi apa boleh buat dah kalau ini yang ditentukanNya.
Rasanya sempat 5 minggu adik Izz balik ke rumah untuk Home TPN. Aku berharap check in kali ini tidaklah lama. Untuk makluman, kali terakhir adik Izz admit ward ialah pada 23 Ogos yang lepas dan pakar menahannya sehingga 8 bulan lamanya.
Mudah-mudahan ujian aku ini dipermudahkanNya.
hebat dugaan mu wahai adik dan keluarga.moga ada ganjaran yg besar kelak.. amin
ردحذفInshaa Allah...
حذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!