MISTERI KEHILANGAN BEG SEKOLAH

Kehilangan alat tulis merupakan perkara biasa bila anak-anak mula bersekolah. Setiap hari ada saja yang hilang samada pensel, pemadam, pengasah, pembaris dan sebagainya. Anak aku iaitu along Izz yang bersekolah darjah satu di Sekolah Kebangsaan Sultan Hisamuddin Alam Shah (SKSHAS) kerap kehilangan barang-barang berkenaan. Boleh dikatakan setiap hari aku perlu topup alat tulisnya. Pernah juga dia kehilangan dompetnya lebih kurang 2 kali. Itupun perlu di topup.

Screenshot
Status Fb aku semalam, pelbagai komen dilontarkan. Status melucukan, komen-komen pun melucukan.

Dan semalam petang aku menjemputnya seperti biasa, dia pulang tanpa beg sekolah KAFA tetapi dengan 1 buku tulis Bahasa Arab. Takkanlah beg pula yang hilang? Bila aku tanya pada along Izz mana beg merah (beg KAFA), dia hanya menjawab "dah takde". Aih, takkanlah beg yang besar tu pun boleh hilang? Sudahlah dalam beg berkenaan ada baju sekolah sesi pagi serta pelbagai buku aktiviti dan buku tulis. Aku sudah terfikir apalah yang mama Izz akan 'ceramah' padanya nanti. Di beg KAFA along Izz aku ada sangkutkan nama dan nombor untuk dihubungi. 

KAFA Sekolah Sultan Hisamuddin Alam Shah
Dia penat sebenarnya, jadi aku tak marah terus. Tunggu sampai rumah, baru sound dia! Cian!

Sehingga ke pagi ini, belum ada sesiapa yang call atau sms beritahu beg itu sudah dijumpai. Apa yang mama Izz 'ceramah' kan pada along Izz, tidak perlulah aku highlightkan. Yang pasti, agak berdesing juga telinga ini. 

Emmmm!

2 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. Assalam papa izz,
    laaaaaaaaa
    along izz hilang bag kaaaa????
    emmmm
    iols un terblur kejap
    kena prepare sesiap diri ni untuk hadapi situasi macam ni :)
    alahai anak he3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wassalam,
      Sudah hilang bermacam2.. Pening mama Izz

      Delete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post