PEMBEDAHAN SIRI KE 14 | CVL INSERTION 8

Adik Izz Inshaa Allah akan menjalani pembedahan LAGI hari ini. Pembedahan hari ini adalah pembedahan untuk memasukkan tiub Central venous Line (CVL) yang baru kerana tiub CVL yang sebelum ini telah pun disarancabutkan oleh doktor atas sebab-sebab tertentu. Ini merupakan pembedahan ke-8 bagi adik Izz untuk tubing CVL sahaja. 

Gastrostomy
Sudah 5 hari adik Izz tanpa TPN. Backup hanya pada susu yang diberi melalui tiub suapan Gastro

Semalam adik Izz sudah jalani ujian Ultrasound dan Alhamdulillah line nya masih banyak. Risau juga aku jika line nya sudah habis digunakan. Adik Izz akan berpuasa dari segala makanan bermula jam 7:00 AM pagi ini dan berpuasa dari minum pula pada jam 11:00 AM. Kemungkinan pada petang ini barulah dijalankan pembedahan kerana adik Izz merupakan patient terakhir yang akan masuk ke dalam O.T (Operation Theatre). 

Wad KK4 Institut Pediatrik
Berat adik Izz turun 600 GRAM sejak Jumaat OFF TPN.

Mama Izz seperti biasa akan tandatangan semua surat persetujuan pembedahan, persetujuan tambah darah dan persetujuan bius. Semalam doktor bius sudahpun ambil kebenaran daripada mama Izz disamping menerangkan risiko-risiko pembedahan. Doktor bius bertanyakan tentang keadaan adik Izz samada demam, selsema, batuk, allergic kepada ubat dan sebagainya. Buat masa sekarang Alhamdulillah adik Izz dalam keadaan sihat sahaja. 

IV Drip
Line dibuat untuk drip. Ditangan kirinya juga diletakkan pelapik agar dia tidak cabut line di tangan kanan.

Risiko pembedahan sememangnya ada seperti muntah-muntah, luka-luka di bahagian tekak (tiub dimasukkan ke dalam anak tekak), loya dan lain-lain lagi. Since adik Izz sudah lalui 13 kali pembedahan sebelum ini, jadi kami agak faham dengan risiko-risiko berkenaan. Adik Izz akan diberi bius penuh hari ini dan mama Izz seperti sebelum-sebelumnya akan menemani adik Izz sebelum memasuki O.T sehinggalah adik Izz melelapkan matanya. Saat itulah merupakan saat yang paling menyedihkan buat mama Izz. 

Aku harap pembedahan hari ini akan berjalan lancar seperti dirancang dan selamatlah semuanya hendakNya. Inshaa Allah. Mohon rakan-rakan mendoakan adik Izz. Aku akan cuba update keadaan semasa adik Izz kemudian samada melalui page, facebook ataupun blog nanti.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم