KEPERLUAN NON MEDICAL YANG SANGAT PENTING

Keperluan bukan perubatan yang sangat penting | Usus kecil adik Izz hanyalah 8 CM. Itupun yang tinggal hanyalah bahagian Duodenum. Tiada bahagian Ileum dan juga bahagian Jejunum. Memang sangat-sangat mengganggu proses pencernaan dan serapan. Usianya hampir 2 TAHUN 3 BULAN, namun masih makan bubur nasi yang dikisar. Susunya yang diberi minum pula, diberi atas saranan pakar pemakanan. Makanan tambahan juga diberi atas saranan pakar pemakanan. Selera adik Izz terhadap makanan juga tidak tinggi. Apabila along Izz dan angah Izz makan sesuatu, apabila ditanya kepada adik Izz, "adik nak tak?", terus adik Izz akan menggelengkan kepalanya tanda dia tidak mahu. Kurang sangat keinginannya terhadap makanan. Berbeza dengan minuman, adik Izz berani mencuba andai diberi minum. Kalau aku minum kopi, dia juga ingin minum. Along Izz dan angah Izz minum milo, dia juga mahu minum. Itu yang positifnya. 

Pepti DHA AA
Seminggu 1 tin 400 GRAM. Susah juga mendapatkannya, tak semua farmasi menjualnya.

Secara oral (melalui mulut), biasanya tidak banyak yang dapat diberi. Terlebih beri, adik Izz akan menanggung cirit-birit. Terkurang beri, adik Izz akan menanggung Hypoglicemia (low blood sugar). Jadi untuk beri adik Izz cukup keperluan, semuanya akan diberi melalui tiub suapan Gastrostomy. Buat masa sekarang, susu yang disarankan oleh pakar adalah Dumex Mamex Gold Pepti. Dua scoop sekali bancuh untuk satu syringe 60 CC dan akan diberi menggunakan Syringe Pump. Tidak cukup dengan susu sahaja, satu scoop Glucose akan ditambah. Ini bertujuan mengelakkan adik Izz Hypo. Adik Izz diberi Glucose yang original. Maknanya setiap kali ON tiub suapan Gastrostomy, 2 sudu susu + 1 sudu Glucose akan dibancuh bersama dan akan diisi didalam syringe 60 CC. 

Energy drink
Dua tin sebulan penggunaannya. Penting untuk elakkan Hypo secara cepat.

Makanan yang diberi secara oral, jika bukan bubur nasi yang dikisar, adik Izz akan diberi nestum. Agak sukar berinya makan. Biasanya mama Izz ataupun opah Izz akan paksa adik Izz makan, dan sebelum adik Izz memuntahkannya, dia akan diberi air masak supaya nestum masuk ke dalam dan bukannya keluar. Bab muntah memang familiar sebabnya tekak adik Izz agak kurang menerima makanan berbanding minuman. Sampai bila aku tak dapat pastikan, tetapi adik Izz memang kerap muntah. 

Bijirin bayi dengan susu
Since adik Izz masih 'non solid food', inilah makanan utamanya.

Bab cirit birit pula memang juga masalah buat pesakit Short Bowel Syndrome (SBS). Jadinya kadar guna lampin pakai buang agak tinggi. Aku pernah cuba pelbagai jenama, namun adik Izz hanya sesuai dengan Drypers. Sehari memang dalam 7 - 10 kali dia akan cirit. Sebab apa? Apa yang aku dapat fikirkan cumalah kerana usus adik Izz menyerap sedikit sahaja, jadinya lebihan itu akan keluar sebagai cirit. Itu saja yang dapat aku fikirkan. 

Wee Wee Dry
Tukar kepada size L berbanding saiz XL last month. Ini disebabkan penurunan berat badannya.

Aku pernahlah terdengar pakar bedah bercakap dengan pakar pemakanan yang usus adik Izz menyerap sekitar 41% daripada apa yang diberi dan selebihnya akan keluar terus. Ringkasnya, susu diberi 60 ML tapi cuma 24.6 ML sahaja yang diserap. Lebihan keluar sebagai najis. Lagi banyak yang diberi, lagi banyaklah yang keluar. Yang menanggung siksa melecet dan kemerahan tentunya adik Izz. 

Tapi, sebenarnya apa yang diberi kepada adik Izz samada makanan, minuman, susu dan sebagainya, semuanya ada hadnya. Had yang doktor sudah tetapkan. Buat masa sekarang, hanya Nutrisi Parenteral (TPN) sahaja yang dapat memberi adik Izz serapan terus. Itupun kerana ianya diberi secara terus melalui salur darah. Kalau melalui usus, memang tak dapat full nutrition lah jawabnya. Sampai bila? Hanya Tuhan yang tahu. 

Kita terus berusaha dan berdoa. Inshaa Allah, mudah-mudahan.


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post