SOLAT SUNAT TARAWIH BERGANTI-GANTI

Solat Sunat Tarawih berganti-ganti antara mama Izz dan opah Izz | Bulan Ramadhan kali ini merupakan Ramadhan ke-2 bagi adik Izz sebagai pesakit Short Bowel Syndrome (SBS) dan yang ke-3 seluruhnya. Alhamdulillah diberikan kesempatan olehNya bila tiba bulan Ramadhan, adik Izz akan berada di rumah. Adik Izz masih dengan Nutrisi Parenteral (TPN) yang diberi setiap hari. Belum tahu sehingga bila adik Izz akan menerima TPN setiap harinya itu. Apabila adik Izz sudah ON TPN nya, adik Izz sudah tidak boleh kemana-mana lagi selain berada di atas katilnya dan berada didalam biliknya sahaja. Jadinya perlu ada seseorang untuk menemaninya / memerhatikannya takut-takut kalau adik Izz menarik tiub CVL ataupun tiub suapan Gastro nya.  

Berbuka dengan Nutrisi Parenteral (TPN)
Adik Izz memang perlu diteman sentiasa. Berjaga-jaga kalau-kalau dia tarik tiub/ wayar.

Oleh demikian sepanjang Ramadhan ini, untuk mereka ke surau bagi solat Tarawih, mama Izz dan opah Izz akan bergilir-gilir pergi.Malam kelmarin mama Izz yang pergi dan malam semalam, opah Izz yang pergi. Malam ni, opah Izz. Malam esok, mama Izz. Malam lusa, opah Izz. Malam tulat, mama Izz pula. Malam berikutnya? Begitulah urutan yang mereka  sendiri bincangkan dan persetujui. Kecuali atas sebab-sebab tertentu, mungkin opah Izz akan merasa solat Tarawih beberapa hari berturut-turut. Hehehe. 

Solat Sunat Tarawih

Surau pun bukanlah jauh sangat, hanya turun lif dan berjalan kaki tak sampai 70 langkah pun ke blok sebelah. Tahun lepas pun buat sistem begini juga. Ada hari aku plan skip Tarawih, aku yang take over jaga adik Izz dan hendak beri peluang mama Izz dan opah Izz solat bersama. Biasanya bila aku offer begitu, baik mama Izz ataupun opah Izz akan menolak. Ikutlah mana-mana yang memudahkan. 

Malam ini giliran siapa pula?


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post