ANAK-ANAK TPN

Anak-anak Nutrisi Parenteral (TPN) | Seperti adik Izz, anak-anak yang menerima Nutrisi Parenteral (TPN) digelar dengan panggilan anak-anak TPN. Keperluan penerimaan Nutrisi Parenteral (TPN) masing-masing tidak sama dengan adik Izz, ia bergantung kepada jenis penyakit dan jenis keperluan. Oleh sebab mereka ditahan di wad yang sama untuk jangkamasa panjang, mereka berkawan dan saling mengenali. Namun, perginya seorang demi seorang anak-anak TPN mengadap Ilahi sedikit menyedihkan hati ini dan merisaukan hati kami. Bermula dengan adik Amsyar, diikuti dengan adik Ashroful dan terbaru perginya adik Farisha. Allahuakbar. Al Fatihah buat arwah dan salam takziah buat semua kaum keluarga arwah.

Allah lebih menyayangi mereka berbanding kita semua. Mereka telah dijanjikan syurga. Aku harap ahli keluarga arwah semua tabah menghadapi ujian ini. Ini semua telah ditakdirkanNya. Inshaa Allah. Apa yang turut merisaukan aku adalah adik Izz juga merupakan pengguna Nutrisi Parenteral (TPN). Alhamdulillah buat masa ini, keadaannya agak baik dan penerimaannya terhadap Nutrisi Parenteral (TPN) juga dalam keadaan baik. 

Al Fatihah
Sumber : Google

Namun, apa yang doktor pernah katakan penggunaan jangkamasa panjang boleh menyebabkan kesan sampingan itulah yang menggusarkan hati. Anak-anak TPN yang lain semuanya 'pergi' atas sebab komplikasi. Tapi, aku bukanlah Tuhan untuk menidakkan ketentuan. Apa yang mampu aku lakukan hanyalah berserah kepadaNya. Berdoa dengan harapan umur adik Izz panjang dan dia bisa sembuh daripada penyakitnya. 

Mudah-mudahan!


Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

أحدث أقدم