LAGU RAYA MENGUSIK JIWA

Kalau dulu bila aku dengar lagu raya 'Indahnya Beraya di Desa', hati ini membuak-buak untuk pulang ke kampung. Maklumlah aku kan perantau di kota raya ini sejak tahun 2000 lagi. Tidak kisahlah samada aku pulang beraya di kampung mak aku di Pahang ataupun aku pulang beraya di kampung mama Izz di Perak. Sejak berkahwin, aku jarang beraya di kedua belah pihak. Aku dan mama Izz hanya decide satu tempat untuk beraya mengikut tahun. Jika Aidilfitri dirayakan di Perak pada tahun berkenaan, maka Aidiladha pula akan dirayakan di Pahang. Dan jika Aidilfitri tahun berkenaan dirayakan di Pahang, Aidiladha pula akan dirayakan di Perak. Begitulah setiap tahun.

" Wahai perantau-perantau di kota
Pulanglah ke desa berhari raya
Ayah serta bonda amat mengharapkan
Kepulangan mu di hari bahagia ..........
"


Cumanya semenjak anak ke-3 aku iaitu adik Izz disahkan sakit,  aku sudah tidak lagi pulang beraya di kampung. Ini kerana keadaannya yang tidak mengizinkannya pergi luar kawasan. Adik Izz merupakan Nutrisi Parenteral (TPN) dependant dan buat masa sekarang hanya di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sahaja yang membekalkan bekalan nutrisinya. Jika aku hendak usung TPN pun, ia tidak dapat bertahan lama dalam perjalanan yang panjang. Peralatan perubatan yang hendak dibawa pun banyak juga. 

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Aidilfitri 2014. Pertama kali mereka beraya di perantauan tanpa kampung.

Oleh itu, sejak tahun lepas lagi 2014, aku dan mama Izz tidak lagi fikirkan tentang beraya di kampung. Mulanya memang lah sedih, tapi demi kesihatan adik Izz aku dan mama Izz terpaksalah berkorban. Dengar pula lagu raya 'Dari Jauh Kupohon Maaf', emmm memang menitislah air mata. 

Mujurlah kedua belah pihak iaitu family aku dan family mama Izz memahami keadaan tidak mengizinkan ini. Tahun ini Inshaa Allah aku dan mama Izz serta anak-anak yang lain akan beraya lagi di Putrajaya. Mungkin tahun depan dapat pula beraya di kampung, kan? Manalah tahu adik Izz sembuh tahun ini, kan? Mudah-mudahan!

" Dalam dingin subuh hatiku terusik
Kenang nasib diri di rantauan
Bergema takbir raya menitis air mata
Terbayang suasana permai desa .......... "


1 Comments

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

  1. InsyaAllah semoga adik Izz cepat-cepat sembuh. Dont gibap! :D

    Jemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!

    ReplyDelete

Post a Comment

Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!

Previous Post Next Post