Aku ada pelbagai 'group Whatsapp' dan salah satunya adalah Warga Tersang 198* dimana rakan sekampung yang juga rakan sekolah dikumpulkan di dalam 'group' berkenaan. 'Group' yang sangat aktif yang bila aku tidak buka selama beberapa jam, jumlah 'notification' boleh mencecah ribuan. Maklumlah, bila sudah berkumpul walaupun masing-masing berjauhan, mesti ada saja ceritanya. Ada juga yang sudah lama tidak berjumpa, ada yang rupanya sudah berubah berbeza dengan rupa dulu-dulu yang aku rasa bila berselisih diluar pun mesti ada yang tidak kenal dan perasan.
Bila semua balik bercuti dikampung, ada yang dapat lepak bersama-sama bercerita tentang kehidupan masing-masing. Melalui 'group' jugalah, pelbagai gambar dapat dikongsi yang mana bukan semua orang akan miliki koleksi gambar yang sama. Sebagai contoh, ada rakan yang 'share' gambar di bawah ini.
Sekolah agama rakyat Tahun 3 |
Masing-masing terkejut apabila dapat gambar ini. Aku pun terkejut. Mana tidaknya, dalam album aku dulu-dulu, aku tiada koleksi gambar ini. Memang nostalgia lah gambar ini. Menurut rakan yang 'post' gambar ini, ini adalah gambar semasa aku dan rakan-rakan di tahun 3 (usia 9 tahun). Dan gambar ini dirakam semasa kami di sekolah agama. Mulalah masing-masing terbelek-belek, 'zoom in zoom out' untuk mengenali diri sendiri dan rakan-rakan. Aku sendiri tidak tahu yang mana gambar aku. Ada rakan yang ingatannya sangatlah 'power' dan dia boleh beritahu satu-satu yang itu gambar siapa. Hebat! Rasa-rasanya, yang mana aku?
Iye, itu aku yang disebelah mamat bersongkok itu. Tetap macho sampai sekarang. Heheh! |
Banyak lagi gambar yang dikongsikan. Cuma gambar ini yang 'legend' pada aku. Bila masing-masing sudah tahu siapa di dalam gambar itu, masing-masing tersenyum sahaja. Ialah, gambar masa kecik ni! Alhamdulillah, semua rakan aku masih sihat walafiat sehingga kini. Walaupun bersembang di dalam 'Whatsapp', hubungan kami semua rapat.
memang nostalgia itu farah akui...farah sendiri pun ada group rakan-rakan sekolah di What's App...
ردحذفItulah. Sembang hal dulu-dulu, sharing pic dulu-dulu, memang gamit memori.. Kadang-kadang boleh senyum sorang-sorang! HAHAHA
حذفMemang legend lah gambar tu.. ;)
ردحذفHeheh... Tersengeh2 tengok gambo!
حذفbila tengok gambar macam ni memang akan teringat kenangan lama..pastu sengih-sengih..macam tak percaya yang kita dah kahwin dan ada anak
ردحذفExactly.. Kaler gambar tu pun dah nostalgic.
حذفإرسال تعليق
Tinggalkan jejak anda, Terima Kasih!